Sabtu, 24 Jun 2017

Feeling Raya Tahun Ni...

Semakin lama... rasa cam feeling excited nak menyambut raya dah tak seperti dulu lagi. Tak tau kenapa. Maybe umur dah tua kot. Kalau dulu masa budak-budak... dapat angpow raya. Sekarang ni kita pula yang kena bagi angpow kat budak. Hahaha. 

Macam-macam lagi la. Risau rumah tak ada orang bila balik raya, gaji next month lambat lagi, time raya pun ada juga nak bincang pasal kerja dan lain-lain... mungkin tu la antara faktor penyebab feeling raya dah mula lain. Seperti tahun-tahun sebelumnya.... rasa nak sambut raya dengan meriah semakin berkurangan.

Apa-apapun, rumah kena sentiasa kemas. Walaupun tengah puasa, semua perlu dikemas dengan sempurna. Akhir-akhir bulan puasa tu rasa semakin kuat dan boleh tahan lapar serta dahaga. Trim bunga dan cangkul rumput di halaman belakang pun tak jadi masalah. ^^ Semangat betul mengemas rumah.

Seriously tahun ni memang tak ada buat kuih raya. Tempah pun satu jenis saja. Tu pun tempah ngan kawan sekerja. Maklumlah. Raya tahun ni balik kampung (balik kejap saja). Lagipun tak amik cuti raya. 28hb Jun dah masuk kerja balik. Saja tak amik. Bila orang dah ramai masuk kerja... barulah cuti sepuas-puasnya. Ada ke patut... kekekekeke...

Rumah tak ada perubahan tema. Still tema kucing (kucing hitam).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!