Jumaat, 16 Jun 2017

Belakang Tabir - Pre Raya 2017

Tak lama lagi dah nak raya. Semua orang sibuk membuat persiapan raya. Beli biskut raya, baju raya, karpet raya, langsir raya... semua raya. Walaupun hari bekerja, fikiran dah ke tempat lain. 

Sempena nak menyambut Hari Raya yang mulia ini, ramai juga yang membuat photoshoot Hari Raya Aidilfitri, menyampaikan ucapan dan lain-lain. 

Actually pada hari ni, kebetulan ramai yang pakai baju cantik-cantik. Maklumlah... nak buat photoshoot raya. Lagipun hari Jumaat... Lebih molek kalau berbaju Melayu atau berbaju kurung. 

Petang tu ada sesi clock out Datuk Harun sempena last day berkhidmat sebagai Naib Canselor sebelum digantikan oleh Prof Kamarudin. Dah selesai sesi tersebut, kami pun menyempat la juga amik gambar... seperti tahun-tahun sebelumnya. Yalah. Walaupun satu bangunan, bukan selalu dapat berkumpul begini.


Kenang-kenangan group Pejabat TNCPI. 




Me with my colleague. Haha.


Group Bahagian Pentadbiran dan Governan. Office kami ^^
-
-
-
-
-
-
-
-
Selepas sesi clock out Datuk Harun. 
Kami mengucapkan jutaan terima kasih dan amat menghargai usaha dan kemajuan yang UMS telah capai sepanjang Datuk di amanahkan untuk bertugas sebagai Naib Canselor. :-)

Gambar kenang-kenangan beramai-ramai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!