Sabtu, 3 Jun 2017

Aiskrim Gula Apong di W.P Labuan

Kalau di Sarawak memang banyak jual gula apong. Boleh cari di pasar.

Hari tu pergi W.P Labuan (sebelum puasa) dan masa jalan-jalan di area Ujana Kewangan... tiba-tiba nampak banner Gula Apong Ice Cream. Punyalah gembira ♡_♡ Sebab gula apong ni manisnya lain sikit. Tak terlalu manis, sedang-sedang la kiranya. Dan aiskrim gula apong... terbaik. The best ice-cream actually. Walaupun nampak simple, tapi sebenarnya aiskrim gula apong sedap dimakan bersama topping biskut Oreo. 

Dapatkan aiskrim gula apong di Labuan dengan harga RM3 atau RM5 sahaja. Hanya di Potato Story, di Ujana Kewangan W.P Labuan. Memang best. 

Boleh pilih nak topping apa. But I choose Oreo.

Apa-apapun, gula apong ice-cream memang terbaik. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!