Rabu, 28 Jun 2017

Jual Madu Kelulut Asli di W.P Labuan

Kepada yang nak cari madu kelulut asli di Labuan, bolehlah berkunjung ke ladang Rimbun Ar Razzaq yang terletak di Layang-Layangan, Labuan. (Facebook di Madu Kelulut Asli Labuan)

Antara madu terbaik untuk diamalkan adalah madu kelulut. Berdasarkan kajian Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI), madu kelulut mengandungi pelbagai jenis asid fenolik. Madu ini juga berupaya melawan kanser di dalam badan. Saya senaraikan terlebih dahulu khasiat madu kelulut
  • Anti oksidan
  • Meningkatkan metabolisme 
  • Anti kanser
  • Menambah tenaga badan
  • Merawat penyakit dan kecederaan
  • Mengekalkan kecantikan

Berhati-hati ketika memilih madu kelulut kerana adakalanya yang dijual tu tak original. Walaubagaimanapun, ladang madu kelulut Ar Razzaq di Layang-Layangan hanya memasarkan madu kelulut asli. 

Ini adalah kelulut yang dibiakkan.


View ladang kelulut


Madu kelulut dijual dalam tiga saiz S, M dan L.
Saiz S 100g - RM35
Saiz M 200g - RM70
Saiz L 330g - RM115.
Untuk produk Bee Bread dijual dengan harga RM25 sahaja.

Untuk sebarang tempahan dan pertanyaan, boleh terus menghubungi Tuan Haji Abas di talian 013 851 1780



Kalau nak melawat atau beli madu kelulut Ar Razzaq, boleh tengok dari signboard ni. Terletak di Blok 6, Sungai Labui, Layang-Layangan, W.P Labuan. (Simpang adalah bersebelahan dengan Taman Perumahan Layang-Layangan)

Untuk masuk ke dalam, hanya ikut papan tanda arah ini.

Pernah dengar yang madu kelulut ni juga bagus untuk melawaskan air kencing dan merawat penyakit batu karang. 

Sabtu, 24 Jun 2017

Feeling Raya Tahun Ni...

Semakin lama... rasa cam feeling excited nak menyambut raya dah tak seperti dulu lagi. Tak tau kenapa. Maybe umur dah tua kot. Kalau dulu masa budak-budak... dapat angpow raya. Sekarang ni kita pula yang kena bagi angpow kat budak. Hahaha. 

Macam-macam lagi la. Risau rumah tak ada orang bila balik raya, gaji next month lambat lagi, time raya pun ada juga nak bincang pasal kerja dan lain-lain... mungkin tu la antara faktor penyebab feeling raya dah mula lain. Seperti tahun-tahun sebelumnya.... rasa nak sambut raya dengan meriah semakin berkurangan.

Apa-apapun, rumah kena sentiasa kemas. Walaupun tengah puasa, semua perlu dikemas dengan sempurna. Akhir-akhir bulan puasa tu rasa semakin kuat dan boleh tahan lapar serta dahaga. Trim bunga dan cangkul rumput di halaman belakang pun tak jadi masalah. ^^ Semangat betul mengemas rumah.

Seriously tahun ni memang tak ada buat kuih raya. Tempah pun satu jenis saja. Tu pun tempah ngan kawan sekerja. Maklumlah. Raya tahun ni balik kampung (balik kejap saja). Lagipun tak amik cuti raya. 28hb Jun dah masuk kerja balik. Saja tak amik. Bila orang dah ramai masuk kerja... barulah cuti sepuas-puasnya. Ada ke patut... kekekekeke...

Rumah tak ada perubahan tema. Still tema kucing (kucing hitam).

Jumaat, 23 Jun 2017

Review : Hada Labo Premium Hydrating Lotion

Kepada yang mengalami masalah kulit kering.... saya cadangkan untuk guna Hada Labo Premium Hydrating Lotion ini. Memang terbaik.
-
-
-
-
-
-
-
-
Tak lama lagi dah nak raya. Kulit saya pula tiba-tiba nampak kering. Mungkin kerana kurang minum air, + aircond + cuaca yang tak menentu + selalu lambat tidur. Dah try guna mask muka (I choose Naruko Raw Job's tear). Lepas pakai mask tu, kulit muka ada okay sikit... then balik lagi jadi kering. Dah masuk kulit kering tahap dua kalau tengok saya ni. Seriously tak nak nampak kulit kering pula bila Hari Raya nanti.

Sebelum ni pernah beli moisturizer (jenama lain). Tapi tak dapat repair masalah dry skin yang saya hadapi. Maybe moisturizer tu tak berapa sesuai dengan saya kot.

So saya pun try my trusted brand - Hada Labo untuk repair balik kulit saya ni.

This is it. Hada Labo Premium Hydrating Lotion. Ada dijual di Watsons atau Guardian. Price dalam RM50+. Tapi sangat berbaloi. 

Apa yang best berkenaan Hada Labo Premium Hydrating Lotion ni... ia mengandungi lima jenis Hyaluronic Acid yang mempunyai fungsi berbeza untuk merawat dan mengekalkan kelembapan kulit.

Lepas beli produk ni, balik office terus saya try. Dah tak tahan lagi rasa kesakitan kulit kering ni. Actually kegunaan ideal adalah dua kali sehari. Boleh digunakan waktu siang sebelum apply mekap nak pergi kerja dan malam sebelum tidur. 

But seriously, after applied produk ni kat kulit.... dah boleh nampak effect segera. Mula-mula pakai memang rasa sticky la. Tapi lepas biar kering kejap, dah okay. 

-
-
-
-
-
-
-
-
-

Keesokan harinya... selepas tiga kali applied.

(1st masa kat office... 2nd sebelum tidur. 3rd keesokan harinya sebelum pergi kerja).

Sayangnya tak amik gambar sebelum penggunaan. But boleh kata bahagian dahi dan pipi ada sedikit kering, tepi dan bawah hidung paling teruk kering. Saya juga selalu menggunakan Hada Labo Hydrating Cream sebelum pergi kerja. (Gambar no filter)

Produk Hada Labo tidak pernah mengecewakan saya. Dan ni adalah antara produk terbaik mereka untuk merawat kulit kering selain. Untuk meningkatkan kelembapan kulit, boleh juga menggunakan Hada Labo Perfect Gel di waktu malam dan Hada Labo Hydrating Cream pada siang hari. 

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web Hada Labo Malaysia.


Sabtu, 17 Jun 2017

Buka Puasa With Classmates

Hari ni berbuka puasa di Mashawi. Memang best nasi arab di sini ni. Kepada yang tak try lagi... bolehlah try. Terbaik.

Seronok berbuka ramai-ramai ngan kengkawan ni, lebih-lebih lagi classmates sendiri. Sebenarnya selain berbuka, kiranya ni majlis farewell jugalah. Sebab ada classmates yang amik fulltime, so memang tak akan jumpa lagi lepas ni kecuali masa konvo. Maklumlah... exam dah habis. Hehe...

Chicken Mashawi with chicken kebab set. Memang terbaik makanan di sini.

Selamat berbuka puasa!

Tak kira bangsa apa pun... Cina, Kadazan, Brunei, Melayu... semua duduk satu meja makan bersama-sama. Kita 1Malaysia.

Group MHCM 2016 - 2017

Next time kena datang ke Mashawi untuk rasa nasi arab kat sini. Best

Kek keladi yang sedap + tak manis sangat

Rakan-rakan! Semoga berjumpa lagi dan selamat maju jaya!

Meniru Dengan Rasa Tak Bersalah

Berikutan dengan isu tiru meniru baju raya yang baru-baru ni sedang hangat diperkatakan... membuatkan saya nak tulis post pasal meniru (copycat) ni jugalah.

Source IG jmandagie

Seperti kita tengok imej kat atas... actually baju sebelah kiri copied design baju sebelah kanan. Bukan itu sahaja... malah ada beberapa lagi jenama lain yang turut menjadi mangsa. Selain baju baju, design corak tudung pun ditiru juga. 

Tak ada niat nak memburukkan atau apa, cuma nak bagi pesanan kat sini. Janganlah meniru dengan sesuka hati tanpa rasa bersalah. Sebab meniru tu membuatkan orang yang 'original' ni sakit hati. Lebih-lebih lagi kalau si copycat claimed yang tu style dia.

Saya faham perasaan orang-orang yang kena tiru ni. Sebab saya pun pernah kena macam tu jugak! Urgghh! Tak tau la. Tapi sangat teruklah orang suka copycat ni. Boleh dikatakan tak ada idea sendiri, tapi beriya nak maju. Ambil idea its okay... but immitate? Heck no!

Ntah la... dulu pernah rasa cam di copycat juga. Dan perasaan tu sangatlah... 'orang ni tak ada identiti atau dia memang jealous?'. Contohnya kita beli produk SKII... tiba-tiba dia pun beli juga. Kita pakai tudung cenggini... Si Polan pun pakai tudung sama juga... kita start pakai henna kuku... dia pun tak nak kalah juga... etc la. Memang copycat gila manusia tu.

Oh ya... dan kalau boleh hindari fake things.. I mean like... fake Coach... fake Kylie Jenner lipgloss... fake LV shawl.... fake bla bla bla and so on la. Better beli yang tak ada jenama terus dari berabis duit beli benda fake. 

P/S - Say no to fake people as well. 

Jumaat, 16 Jun 2017

Belakang Tabir - Pre Raya 2017

Tak lama lagi dah nak raya. Semua orang sibuk membuat persiapan raya. Beli biskut raya, baju raya, karpet raya, langsir raya... semua raya. Walaupun hari bekerja, fikiran dah ke tempat lain. 

Sempena nak menyambut Hari Raya yang mulia ini, ramai juga yang membuat photoshoot Hari Raya Aidilfitri, menyampaikan ucapan dan lain-lain. 

Actually pada hari ni, kebetulan ramai yang pakai baju cantik-cantik. Maklumlah... nak buat photoshoot raya. Lagipun hari Jumaat... Lebih molek kalau berbaju Melayu atau berbaju kurung. 

Petang tu ada sesi clock out Datuk Harun sempena last day berkhidmat sebagai Naib Canselor sebelum digantikan oleh Prof Kamarudin. Dah selesai sesi tersebut, kami pun menyempat la juga amik gambar... seperti tahun-tahun sebelumnya. Yalah. Walaupun satu bangunan, bukan selalu dapat berkumpul begini.


Kenang-kenangan group Pejabat TNCPI. 




Me with my colleague. Haha.


Group Bahagian Pentadbiran dan Governan. Office kami ^^
-
-
-
-
-
-
-
-
Selepas sesi clock out Datuk Harun. 
Kami mengucapkan jutaan terima kasih dan amat menghargai usaha dan kemajuan yang UMS telah capai sepanjang Datuk di amanahkan untuk bertugas sebagai Naib Canselor. :-)

Gambar kenang-kenangan beramai-ramai

Khamis, 15 Jun 2017

Masa untuk Tidur Tapi Tak Juga Tidur

Okay. Mata memang tak nak tidur. Inilah kesannya kalau dah terbiasa tidur lewat akibat ulangkaji punya pasal. Kadang-kadang sampai terus sahur pun ada. Haha. Dear eyes.... why you no sleep.

Actually papers semester ni a bit tough berbanding last year. Rasanya sebab saya banyak ter skip class kot. Hadoii.  Mudah-mudahan dapat result yang baik. Jangan repeat sudah! Apa-apapun... 14hb adalah last paper saya... dan... hooraayy! Merdeka. Lega betul dah settle semua. Kalau tak... kusut fikiran. So I can plan more and more activities after this... including going back to gym (yang lama dah tak dilawat).

Hrmmm... rasanya KPI saya tahun ni nak terbang ke Singapore tak berjaya la. Wawawawa.... Sebab saya dah ada plan yang lebih hebat. In August. See you soon! This gonna be an awesome trip. Can wait no more. 

Untuk tahun depan actually dah ada plan juga. Dah atur tiket semuanya. Tinggal nak jalan saja. So... harap awesome jugalah nanti. Ada dua sebenarnya. 1st trip - Urban Wonderland Trip. 2nd - Food Hunting Trip. The third one still on the go. Maybe the suitable name would be.... Double Decker Trip. InShaaAllah plan menjadi.

Okaylah.

Happy Anniversary & Happy Birthday ♡

13 Jun 2017. Happy Anniversary to us & Happy Birthday to Hafiz! 

Cepat sangat masa berlalu. Rupanya dah tiga tahun kami berkahwin. Syukur alhamdulillah ♡ Semoga berkekalan hingga ke syurga.

Setiap tahun tak akan miss untuk bagi hadiah. Oleh kerana birthday + anniversary sekali... tentulah hadiah pun kena double treat juga. 

Why Burberry? Because I love it. 

Untuk memeriahkan suasana, I bought this cute cheese cake dari Yoyo Cafe. Tak manis, sedap and the texture is not that rich. Thanks Yoyo! Love it.

So I received this roses sebagai balasan. Dear roses, why you so beautiful? 

Actually masa malam 12hb tu... saya ada exam. Lepas dari exam (jam 10 lebih habis exam), singgah kejap beli minuman. Hajat nak celebrate la kononnya. Yalah. Sebab next paper adalah pada 14hb. 13hb siang (hari kejadian) tu pula... Hafiz ada tugasan di luar. Tak boleh sangat nak berpesta. So after 12 tengah malam... kiranya dah masuk 13hb Jun la kan. Haha. Celebrate minum aiskrim soda sajalah. Okay la tu. 


End

Selasa, 13 Jun 2017

Kilang Minuman SkyBlue Labuan

Hanya di W.P Labuan sahaja yang ada jual minuman SkyBlue. Kalau nak cari kat Sabah pun ada juga cuma kena pergi area Papar atau Beaufort. Tu pun harga dan mark-up + kalau ada... ada la. Tak ada, apa boleh buat.

Ada banyak jenis kilang SkyBlue ni keluarkan.... seperti air karbornat, kordial dan drinking water. Kenapa minuman SkyBlue ni sangat famos? (Terutama kordial pisang). Actually susah nak cari kordial perisa pisang. Plus.... minuman SkyBlue tak manis sangat. Harganya juga murah dan berpatutan disamping kualiti yang baik.

Untuk mengetahui lokasi kilang SkyBlue, boleh klik link ini. Location

Ni screenshot yang saya ambil dari GoogleMaps. Actually kena ikut jalan SK Patau-Patau sahaja.

Kalau dari bandar menuju ke Patau-Patau, dan nampak sahaja signboard putih Kg. Patau-Patau Satu, terus masuk u-turn sebelah kanan jalan dan masuk ke simpang yang ada tanda anak panah merah tu.

Inilah rupa kilang SkyBlue. Kalau nak beli minuman kena masuk pagar sebelah tepi tu. Cash and carry. Murah-murah.

Boleh beli di sini terus. Ada banyak jenis minuman. Pilih mana satu.

Air karbornat sarsi pun ada.

Ahad, 4 Jun 2017

Review - Burberry Kisses Lipstick

What a lovely gift. Thank you Burberry! ^^ ♡
-
-
-
-
-
-
-
Kepada yang gemar effortless makeup terutama lipstick warna nude yet so moisture with a very nice packaging, boleh try Burberry Kisses.

Apa yang best berkenaan Burberry Kisses lipstick ini adalah of course the color itself. Dan jika anda menggunakannya, sure bibir takkan menjadi kering. Sangat melembapkan (terasa cam pakai lipbalm) dan warna yang tahan lama. 

This is Burberry Kisses Nude No.21.

So this is it. Nude and I like. Relax and efffortless. Nak warna lain pun sebenarnya ada juga. Boleh tengok dalam website Burberry.

For more info, boleh log in to Burberry punya website. Package dihantar straight fro London, sangat pantas (about a week using UPS). 

Produk mekap Burberry juga boleh dibeli melalui Sephora Malaysia.
-
-
-
-
-
Updated gambar : Saya menggunakan Burberry Kisses lipstick No.21 (Nude).

Sabtu, 3 Jun 2017

Aiskrim Gula Apong di W.P Labuan

Kalau di Sarawak memang banyak jual gula apong. Boleh cari di pasar.

Hari tu pergi W.P Labuan (sebelum puasa) dan masa jalan-jalan di area Ujana Kewangan... tiba-tiba nampak banner Gula Apong Ice Cream. Punyalah gembira ♡_♡ Sebab gula apong ni manisnya lain sikit. Tak terlalu manis, sedang-sedang la kiranya. Dan aiskrim gula apong... terbaik. The best ice-cream actually. Walaupun nampak simple, tapi sebenarnya aiskrim gula apong sedap dimakan bersama topping biskut Oreo. 

Dapatkan aiskrim gula apong di Labuan dengan harga RM3 atau RM5 sahaja. Hanya di Potato Story, di Ujana Kewangan W.P Labuan. Memang best. 

Boleh pilih nak topping apa. But I choose Oreo.

Apa-apapun, gula apong ice-cream memang terbaik. 

Gemstone Collection - Fluorite

Saya amat meminati gemtones dan crystals. Bukan sahaja ianya cantik tetapi juga baik untuk kesihatan.

Although taklah banyak sangat koleksi, tetapi sedang dalam proses penambahan. Terbaharu saya beli batu Fluorite (yang cantik ♡) ni. Saya beli di Natural Crystal Shop, kedai yang menjual batu dan kristal asli. Terdapat beberapa cawangan kedai ini seperti di Centre Point dan 1Borneo Shopping Mall. 

Kecantikan batu-batu ini begitu menarik perhatian. Sebenarnya saya beli yang ni sebab nak buat perhiasan dalam rumah... disamping untuk energy balancing dan healing. 

Actually kalau nak pilih batu, kena tengok apa fungsi sebenarnya. Contohnya Pink Quartz atau Rose Quartz digunakan untuk inner peace dan relationship. Manakala Citrine adalah untuk prosperity dan self esteem. 

Tetapi jika batu itu menarik perhatian anda, maybe that's the right stone you should have.

Saya memilih Fluorite. Kehijauan batu ni begitu cantik dan tak jemu untuk melihatnya ♡

Sebenarnya Kristal (putih) adalah batu terbaik untuk re-energized batu lain. Tetapi batu berwarna juga masih boleh buat benda yang sama juga. After cleansing my Jade, saya dah boleh re-energized bangle saya di batu Flourite ni.

Harga setiap batu adalah mengikut saiz dan kualiti. Ada yang boleh mencecah sehingga ribuan ringgit. Contohnya Burma jade (jade dari Myanmar adalah berkualiti tinggi) with certificate boleh dijual dengan harga RM1000 ke atas. 

FYI - Jade boleh berubah warna mengikut pemilik. Sedikit perkongsian untuk melihat jade palsu atau asli:
  1. Jade merupakan batu yang keras dan tak mudah calar. Oleh itu jika ditoreh dengan pisau sekalipun tidak akan meninggalkan kesan. 
  2. Cuba lihat jade anda dari sinaran lampu. Jade original takkan ada nampak gelembung atau bubble didalamnya. 
  3. Jade asli berat jika dibandingkan dengan yang tiruan. 
  4. Permukaan jade juga sejuk dan licin seperti marmar. 
  5. Jika dilagakan bersama jade lain akan menghasilkan bunyi yang lebih harmoni berbanding yang tiruan. 


Jade yang berwarna gelap tak semestinya lebih baik dari yang berwarna terang. Untuk maklumat lanjut boleh tengok dalam website lain yang available. 

Source Pinterest
Makna dan kebaikan sebahagian healing stones.

Maybe ada yang tak percaya dengan kebaikan gemstones. Namun penggunaannya telah lama dipraktikan ribuan tahun dahulu. 

Saya nak kongsi sikit after saya beli Flourite saya. Perasan tak masa kita beli batu atau kristal, batu tu akan 'dicuci' terlebih dahulu menggunakan mangkuk yang dibunyikan. Actually ianya adalah proses cleansing menggunakan bunyi. Secara tak langsung juga akan bagi clear balik energy batu tersebut. 

Jika kita fokus betul-betul, kita akan merasakan perbezaannya. Mungkin tak semua orang boleh rasa atau nampak... Cuba kita letakkan tapak tangan kita di sekeliling batuan ini. Tak perlu sentuh batu. Lepas tu kita akan rasa sense of energy or electric yang mengalir ke dalam badan. Akan menyebabkan sedikit rasa kebas atau 'semut-semut'. That's the energy! Saya share info ni based on experience saya sahaja okay. For those yang ada keistimewaan, mereka boleh nampak kepulan asap (seperti wap sejuk) disekeliling batu ini apabila dicaskan bersama batu lain. I'm not sure but I can see white aura around it.

Mungkin next time saya boleh share more stories about gemstones dan cara untuk DIY cleansing dan re-energized. :-)