Selasa, 30 Mei 2017

TUMI Wristlet - All in One

Kualiti barangan jenama TUMI tak pernah mengecewakan saya. Kualiti yang baik, malah sekiranya mengalami kerosakan... silalah hantar ke kedai TUMI untuk repair balik.

Setakat ni ada beberapa koleksi TUMI such as tote, slingbags, wallet, crossbody dan yang terbaharu.... this wristlet. Benda ni memang sangat membantu saya terutama ketika nak pergi lunch (malas nak bawa handbag a.k.a actually saya guna slingbag), bila nak pergi berurusan kat luar such as pergi bank etc, pergi mesyuarat dan lain-lain.

Saya pun sebenarnya dah jadikan wristlet ni sebagai dompet saya. Very easy to use, convenient, dan sesuai untuk saya.

Saiz wristlet ni sederhana... cukup untuk muatkan smartphone anda, segala kad pengenalan... lesen memandu, kad, wang, lipbalm dan tissue etc. Available dalam beberapa color such as blue, maroon, coklat cair dan corak floral. I choose black sebab nak match dengan my TUMI crossbody. 

Wristlet ni terbahagi kepada dua side. Sebelah yang ada tempat simpan kad bagai. Sebelah yang plain. Tengah-tengah tu boleh jadi tempat sisip barang juga such as small notepad atau handphone. Dan di sebelah luar kanan dan kiri pun ada poket juga.

Wristlet ni ada tali pemegang supaya senang kita nak bawa ke sana kemari. Kualiti fabrik yang digunakan juga bagus, tak mudah kotor, senang dicuci dan jahitan sangat kemas.

Harga wristlet ni adalah RM500+ dan kadang-kadang TUMI ni pandai sale juga. So maybe boleh dapat harga less than RM400. For more info boleh masuk ke dalam website TUMI, atau pergi ke kedai TUMI. Di KK ni ada kat IMAGO. 
-
-
-
-
-
-
-
-
Design barangan TUMI tak semestinya sama di setiap negara. Just to share design TUMI di Jepun pula. Gambar melalui WhatsApp yang dikirimkan oleh my sis sewaktu berada di Tokyo, Jepun.
Harga ada murah sedikit banding di Malaysia. Contohnya harga small backpack tu... kalau kat Malaysia dalam RM1500... kat Jepun boleh dapat only RM1000 or less. Untuk harga terbaik barangan berjenama di Jepun, boleh pergi ke premium outlet mereka.  

P/S - Beware of fake TUMI. Although not much yang ciplak macam certain brands yang lain... but still wujud juga.