Rabu, 17 Mei 2017

Trip to Genting Highlands, Pahang - Part 1

Pada 23 - 25 April yang lalu... saya dan sorang lagi kawan saya... apa lagi... blah pergi Genting Highlands la. Saja mengisi masa lapang. Dan memandangkan dah lama tak menjejakkan kaki ke Genting, jadi inilah masanya. Ngam pula pada 24 April tu cuti Pertabalan Yang Dipertuan Agong... FYI trip untuk 3 hari 2 malam ini hanya berjumlah RM270 seorang, merangkumi penginapan + tiket kapal terbang. Bajet travel la katakan.

Ready untuk bertolak. Untuk tidak membazirkan wang membeli extra weight, bawalah luggage yang super ringan, convenient dan juga... jangan bawa banyak baju... tak lama pun pergi. 

Sewaktu di dalam kapal terbang, sempena boring menunggu... baik saya sketch something dalam smartphone. Kanan adalah lukisan saya... manakala kiri adalah majalah 360° yang saya jadikan ilham untuk melukis. Not forget... thanks to my headphones too.

We choosed Air Asia. Lowest price banding penerbangan lain. Cuaca cerah dan kurang berawan. Semuanya berjalan lancar pada waktu ni :-)

-
-
-
-
-
Sampai sahaja ke KLIA2, kami pun bertolak ke KL sentral dengan menaiki Aerobus. Tambang sekali jalan hanya RM12. Bajet bajet bajet.

Kenapa kena ke KL Sentral? Sebab nak ke booth Go Genting untuk beli tiket bas ke Genting pula. Nak amik bus straight dari KLIA2 ada juga tapi tambang mahal iaitu RM35 kalau tak salah. Kurang berbaloi...

Booth Go Genting terletak berdekatan kaunter Air Asia di KL Sentral. Aras Dua. Sekarang Genting dah tak offer pakej lagi. Hanya jual tiket bas sahaja. Tiket one way berharga RM4.30 sahaja. Sangat berbaloi. 👍 Kalau tak nak bermalam di Genting dan time tu sarat bawa barang,  ada sewa locker bag juga disediakan berdekatan booth Go Genting. 
-
-
-
-
-
Perjalanan mengambil masa sejam lebih juga sebab time tu punyalah traffic jam masa nak pergi ke Awana Bus Terminal. Waktu cuti kan. Tu yang ramai pergi Genting.

Selepas sampai di Awana Bus Station Genting, (untuk transit ke Genting Highlands Resort), kami perlu naik tingkat atas atas atas lagi untuk membeli tiket cable car (medium untuk ke Genting Resort selain naik kereta). Harga tiket gondola sebenarnya hanya RM8/seorang, tapi oleh kerana orang sangat sesak waktu tu due to holiday... kami pun beli tiket express lane yang berharga RM40/seorang. So tak perlu berbaris panjang. Tiket gondola boleh dibeli daripada mesin tiket yang disediakan.


Sepanjang laluan cable car dari bus station Genting ke Genting Highlands Resort. Hanya mengambil masa selama 10 minit sahaja.


video
Video amateur kami. Hahaha

Oleh kerana nak berada betul-betul di kawasan resort, kami pun memilih First World Hotel sebagai tempat penginapan kami. Tak perlu susah-susah nak baris panjang lagi untuk check in kerana anda boleh check in melalui mesin yang disediakan. 

Kepada yang tempah hotel melalui Air Asia Go, Booking.com, Agoda and so on... anda perlu berjumpa staf yang berlegar around sana dulu untuk register nama. Lepas tu boleh check in kat mesin dengan memasukkan kad pengenalan sahaja. 

Untuk memilih bilik yang menghadap pemandangan gunung atau taman... kena tambah RM5 lagi. Boleh dibuat di mesin check in tu juga. Kalau tak nak tambah... view memang tak lawa sebab menghadap bilik orang lain. 


Inilah keadaan bilik kami. Despite no aircond and only ceiling fan (sebab dah sejuk), rasanya bilik ni okay juga. Enough for us. 

Partially open. Bathroom dan shower room sperated. + sinki juga berada di luar bilik mandi.

FYI - Genting Highlands Resort sekarang tengah under maintenance. Oleh itu, indoor dan outdoor themeprk fully closed masa ini. Sedih. Tapi Snow World, tempat main arcade game, shopping complex dan dining areas, serta tempat bowling beroperasi seperti biasa pada waktu yang kami pergi ni.

Imej Genting Highlands yang baharu totally berbeza dari semasa saya datang dulu (tahun 1998). Punyalah lama dah.

Casino available here. Dan ini adalah grand prize nya. Walai bagaimanapun, muslim dilarang berjudi. Individu yang nak masuk ke casino juga perlu memakai attire yang kemas.

Selepas penat berjalan-jalan kerana, kami pun berehat sebentar dan cari makan. Lepas tu sambung jalan-jalan lagi area sana dan seterusnya rehat + zzz.

Makanan di area Genting Highlands Resort  agak pricy sikit. Dan perlu tengok sama ada suitable for Muslim or not. 

Klik sini untuk :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!