Sabtu, 20 Mei 2017

Trip to Genting Highlands, Pahang - Part 3

Cerita Part 3 ni tak ada la sangat tapi nak juga share. 

Okay! Time to go home. Walaupun flight kami pada jam 5PM... tapi kami check out awal daripada hotel. Yalah. Manatau nanti ada apa-apa masalah ke...

Untuk check out, hotel First World menyediakan mesin auto bagi memudahkan proses. Hanya masukkan sahaja kunci hotel, then selepas skrin tertera 'thank you', all done. Boleh dah check out.

Pulang pun kami menaiki cable car juga. Time ni orang tak ramai. So bolehlah beli tiket yang murah. RM8 sahaja. Phew!

This is outdoor theme park Genting Highlands. Memang totally under maintenance.


Suasana di dalam cable car. Nak amik yang crystal cabin pun ada juga. Memandangkan kawan saya agak gayat... jadi lupakan hasrat membeli tiket crystal cabin. Yang biasa pun jadilah.

Beautiful view from above

Bye-bye Chin Swee Temple
-
-
-
-
-
Setibanya di KL Sentral... kami pun duduk lepak makan tengahari dulu. Terasa nak makan vegetarian dish. 

Lepas tu kami jalan-jalan area UA Central sebelum meneruskan perjalanan ke KLIA2.
Mulanya nak singgah ke Mitsui tapi tak jadi. Cuaca kurang baik. Jalan area KLIA2 pun dah memadai. Kalau terasa lama nak tunggu flight atau nak nap... boleh ke capsule hotel untuk berehat seketika. ^^

END of trip. Till we meet again

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!