Rabu, 17 Mei 2017

Trip to Genting Highlands, Pahang - Part 2

Hari kedua berada di Genting Highlands. Kena bangun awal untuk memulakan aktiviti dan tengok scenary yang cantik di sekitar sini.

Tapi sebelum tu perlu breakfast lagi. Oleh kerana bilik kami memang bajet dan tak ada breakfast, tapi jangan risau. Ada banyak kedai makan kat sini. Jadi kami breakfast di Richdad. Sandwich dan minum Earl Grey tea panas di waktu pagi memang best.

Ni pemandangan di lobi hotel tempat kami menginap. Cantik kan? Waktu pagi tak berapa ramai orang. Tapi dah tengahari... punyalah ramai... Terutama di waktu cuti. Pelancong China dan India yang saya tengok ramai datang ke sini.

Destinasi pertama kami di hari kedua ni adalah ke Chin Swee Temple yang terletak kira-kira 15 minit from Genting Highlands Resort dengan menaiki kenderaan. 

Bagi yang menginap di First World Hotel Genting, servis shuttle bus ke temple ini adalah disediakan secara percuma. Kalau nak naik shuttle bus, turun sahaja ke lobi utama dan bas available bermula jam 9AM sehingga 9PM.

Kami menaiki shuttle bus trip pertama. Dan taaadaaa! Dah sampai ke Chin Swee Temple yang dibina oleh Tan Sri Lim Goh Tong. Temple ni memang cantik kerana boleh nampak pemandangan yang superb. Terasa seperti di negara China.







-
-
-
-
-
Jadual free shuttle bus service


video

Video amateur kami >_<



Selepas dari Chin Swee Temple, kami pun balik semula ke hotel. Tapi sebelum tu teringin naka makan gelato organik yang sedap ni. Tak tau mana satu nak pilih sebab semua nampak sedap.

Actually kami ingat nak pergi ke Bukit Tinggi Pahang (1 jam dari Genting) tapi memandangkan tambang taxi dan Uber begitu mahal, so tak jadi la. RM100+ juga. Maybe next trip kot. By the way... actually ada cara murah nak pergi. From Genting kena turun kat Goh Tong Jaya. Then go to Bukit Tinggi punya stesen... then... tak ingat dah. Staff yang kerja Genting bagitau actually....

After ice cream, kami balik rehat kejap. Sebenarnya nak tengok pertabalan Yang Dipertuan Agong (24 April 2017). Excited sekejap nampak Tun duduk di barisan hadapan. >.<



Tengahari tu makan di Grandmama's Flavors of Malaysia. FYI kebanyakan restoran di Genting Highlands Resort ni agak pricy. Average harga RM20 ke atas. Actually ada food court juga disediakan but not suitable for Muslim. Food court kecil di aras bawah pun ada tapi tak banyak choice. 

By the way, Genting Reward card banyak membantu kerana boleh diskaun harga makanan dan tempat bersuka ria di sini.
-
-
-
-
Bagi meneruskan aktiviti, me and my friend pun pergi ke Snow World. Bayaran masuk ialah RM38. Oleh kerana Malaysia tak ada ais, dan rasa-rasa cam nak masuk ke tempat yang ada ais... apa lagi... pergilah Snow World. Suhu di dalam ni adalah -4°C. 









Pengunjung yang ke Snow World akan dibekalkan boots, sarung tangan dan baju sejuk. Memang sejuk gila. Sampai keluar wap dari mulut. Hahaha. Rugi kalau tak masuk sini.



Dah puas bermain salji di Snow World, kami pun duduk lepak di DC Comic punya restaurant. Oh yeaaahh. My favorite character... of course The Green Lantern.

Food court yang menyediakan masakan Malaysia dari pelbagai negeri. 
Not suitable for Muslim.

Malam tu continue discover Genting Highlands Resort. Sambil berjalan sambil cuci mata. Hehehe

Makan masakan organic sebab teragak nak makan sayur-sayuran. Fresh teppanyaki served with multigrain rice.

Kepada yang suka main arcade game, this is it! 

In addition - Pemandangan yang superb di Genting.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!