Selasa, 23 Mei 2017

Review : Skechers for Work Slip Resistant Shoes

Sebelum ni tak pernah rasa sakit tulang belakang yang amat. Terlalu sangat guna kasut tinggi kot? Atau kerusi di pejabat baru ni tak berapa sesuai?

Apa-apapun, nampaknya dah kena tukar kepada kasut yang lebih rendah. Sebenarnya hari tu pusing kat area 1Borneo pergi tengok kedai Skechers dengan harapan boleh beli kasut kerja yang super selesa. Tapi hampeh kerana tak dapat kasut yang macam saya nak.

Ngam pula baru-baru ni pergi IMAGO. Apa lagi... teruslah pergi ke kedai Skechers kot ada berjual yang saya berkenan.

Walaupun Skechers banyak mengeluarkan kasut yang kasual, tapi jenama ini juga ada produce kasut khas untuk kegunaan pejabat. Akhirnya.... taddaaa! Saya berjaya membeli kasut Skechers for Work : Slip Resistant. 

Inilah dia kasut selesa yang saya maksudkan.

Simple dan senang digunakan. Ringan dan tak ada corak bagai. Tinggi tumit lebih kurang 1.5 inci sahaja. (Banding sebelum ni pakai 4 inci). 

Feel sooo good masa pakai kasut ni. Tak ada sakit kaki  Secara tak langsung boleh bagi relax sikit tulang belakang saya nih.

Ignore the cat

Boleh digunakan untuk kerja mahupun kasual. ♡♡♡

Slip resistant 🖒. Good for us.

Harga kasut ini berharga RM369 sahaja. But so quality, sangat berpuas hati. ☆☆☆☆☆ untuk kasut ni.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web Skechers. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!