Jumaat, 12 Mei 2017

Resepi Sayur Tutan Goreng Bilis dan Telur

Siapa pernah makan sayur tutan? Sayur ni paling famos di kalangan suku kaum Kadazan Dusun di Sabah. Saya sebenarnya first time makan sayur ni. Tu pun sebab kawan saya yang bagi selepas keluarganya datang dari kampung. 

Katanya sayur ni rasa sedikit pahit tetapi tetap menyelerakan. Selepas buat sedikit research, rupanya sayur ni banyak tumbuh meliar di kebun-kebun. 

Okaylah. Saya kongsikan resepi sayur tutan goreng.

Bahan-bahan:
  • Seikat sayur tutan
  • 1 mangkuk kecil ikan bilis
  • 1 biji telur
  • Garam secukup rasa
  • Secubit Maggi Secukup Rasa
  • Sedikit serbuk lada putih
  • Minyak untuk menumis (saya guna sikit sahaja)

Cara-caranya:
  • Panaskan minyak dan masukkan ikan bilis.
  •  Biarkan ikan bilis sehingga nampak rangup dan masukkan sayur tutan yang telah dibersihkan.
  • Masukkan sedikit garam, lada putih dan Secukup Rasa. Saya suka untuk tambahkan sedikit gula supaya rasanya seimbang.
  • Masukkan telur dan apabila sayur dah layu, bolehlah padamkan api dan siap sedia untuk dihidangkan.


Beginilah rupa sayur tutan sebelum dimasak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!