Ahad, 28 Mei 2017

Bring-A-Dish Sebelum Ramadhan

Throwback balik aktiviti sebelum hadirnya bulan Ramadhan....

Jumaat, 26 Mei 2017. Kami warga Jabatan Pendaftar ada buat majlis kecil-kecilan sempena menyambut bulan Ramadhan yang bakal menjelang tak lama lagi. Aktivitinya adalah bacaan doa selamat dan sambutan hari lahir kepada yang meraikannya 

Walaupun kami keluarga Jabatan Pendaftar mempunyai office sebelah menyebelah.... jarang juga berkumpul beramai-ramai dek kerana tugasan harian yang perlu dijalankan. Kecuali kalau ada majlis atau program tertentu, barulah kami boleh bertemu.

Setelah mengadakan bacaan doa selamat dan sedikit tazkirah yang diberikan oleh ustaz, kami pun buat juga majlis sambutan hari lahir kepada rakan-rakan yang meraikan. "Allah selamatkan kamu..." . Teringat pula cerita P. Ramlee.

Makanan yang kami bawa ni secara potluck. Lagi best sebenarnya berbanding makan kat tempat mahal-mahal. Satu, boleh jimat... dua, boleh rasa masakan kengkawan yang lain... dan tiga, no protocol. Hehehe.

Tak sempat nak shot semua gambar makanan. >_<

Seronok makan ramai-ramai
-
-
-
-
-
Lepas satu majlis... ada lagi satu actually. Yang ni dengan BFF pula. Ish... ish... asyik makan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!