Ahad, 23 April 2017

KL Trip 2.0 - Melawat Tugu Negara

Tak habis lagi cerita KL trip ni kerana ada satu tempat menarik lagi yang saya perlu kongsikan. Sebenarnya nak highlight keindahaan Tugu Negara a.k.a National Monument. 

Sebelum tu, Tugu Negara Malaysia terletak di Jalan Parlimen (berdekatan dengan bangunan parlimen) dan juga berada tak jauh daripada Lake Garden Kuala Lumpur. Untuk memudahkan perjalanan, anda hanya perlu menaiki taxi, Uber ataupun Grab. Kawasan ini sentiasa dikunjungi pelancong tak kira dalam atau dari luar negara, termasuklah kami. 

Setelah sekian lama, akhirnya saya sampai juga ke Tugu Negara ^^ ♡

Bunga-bunga yang cantik ini ditanam di sekitar kawasan Tugu Negara. Selain itu, terdapat kedai-kedai yang menjual souvenir khas untuk para pelancong yang berkunjung kemari. 

Selain Tugu Negara, cenotaph ini juga menjadi tarikan kepada para pelancong. Kena lalu kat sini dulu, lepas tu baru sampai ke Tugu Negara. 

Perjalanan ke Tugu Negara. (Maaf ada kualiti gambar yang tak clear sangat. Tak tau kenapa tapi semua gambar yang dapat dari WhatsApp masa ni tak lawa!) :-(

Pemandangan indah kawasan Tugu Negara. Woopsss. Nak hujan. 

Inilah rupa Tugu Negara dari jarak dekat. Tugu yang diperbuat daripada gangsa ini telah didirikan pada tahun 1966 sempena memperingati tentera yang telah gugur demi mempertahankan tanah air. Tanpa mereka, tiadalah Malaysia.

Untuk maklumat lanjut dan sejarah mengenai Tugu Negara, boleh baca di Wikipedia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!