Rabu, 17 Mei 2017

Guna Jin untuk Memikat : Demi Wang

Maybe tajuk tu agak kasar sedikit. Tapi itulah realitinya.

Apa yang saya bakal kongsikan merupakan kisah benar yang berlaku, dan bukan pula bertujuan untuk mengaibkan sesiapa. Semoga menjadi ikhtibar dan lebih berhati-hati di dalam kehidupan.

Orangnya manis, putih. Bertudung pula tu. Biarlah saya gelar dia sebagai Putri (bukan nama sebenar). Selain suka buat charity a.k.a kebajikan di rumah-rumah yang memerlukan... Putri ni boleh tahan juga gaya penampilannya.

Satu hari... Putri start rapat dengan satu keluarga ni. Ingatkan betul-betul baik... rupanya semua tu bohong belaka. Fake! Memang fake! Bukannya nak rapat betul pun, sebenarnya nak tackle husband mangsa tu saja. Yalah. Husbandnya tu kira loaded juga.

Selain itu, charity tu sebenarnya bukan dia yang buat (dia ni orang tengah sahaja tolong sampaikan derma), malah dah ramai orang (terutama suami orang yang banyak $) terkena dengan Si Putri ni. Selepas habis madu, sepah dibuang... Ini pengakuan dari beberapa orang yang dah terkena, termasuk bekas menantu Si Putri tu sendiri.

Suami kepada mangsa suddenly berubah drastik. Rumahtangga jadi porak peranda, sikap pun berubah. Jangankan duit, segala kereta.... tiket pergi melancong pun nak dibagi Putri. Mangsa berasa hairan dengan sikap suami yang macam tu. Tak tahan dengan drama, maka dicarilah orang yang pandai mengubat. Memang benarlah kata orang sebelum ini. Perempuan gila tu simpan hantu raya untuk memikat. Di awal perkenalan dengan suami mangsa, Si Putri ada bagi sebentuk cincin berbatu yang kononnya diberi sebagai hadiah. Pelikkan? Jarang pula perempuan bagi cincin dengan lelaki.

Alhamdulillah, selepas diubati... suami telah sedar dan terus putus hubungan dengan Putri. Tapi Si Putri gila ni bukan jenis yang mudah kalah. Tak dapat tackle, dia balas dendam la pula. Malah dihantarnya lagi hantu raya ke rumah mangsa. Mangsa menyedari kejadian apabila terkejut terlihat sepasang mata merah meninjau-ninjau(mata sahaja. Tak ada muka, tak nampak kepala).

Perempuan tak waras tu masih lagi meneruskan aktivitinya sehingga hari ini. Tak insaf lagi. Dalam media sosial mula-mula upload gambar itu ini dengan suami orang, dah terbongkar rahsia... segala gambar di deletenya. Dapat lagi mangsa baru, gambar lain pula di upload. Pernah sekali tu, upload gambar buka tudung pula. Lepas tu... padam. Dan upload lagi gambar bertudung labuh. Kononnya nak promote koleksi pakaian yang dia claim sebagai dia punya, tapi sebenarnya fesyen tu dia amik dari Indonesia je pun. Tak habis dengan nipunya.

Apa-apapun, mudah-mudahan menjadi pengajaran buat semua. Bukan untuk mengaibkan sesiapa, tetapi memberi peringatan bahawa sihir pada zaman sekarang pun masih berleluasa, apatah lagi jika digunakan untuk ketamakan diri. Bersederhanalah dalam kehidupan. Minta perlindungan dari Allah S.W.T agar dijauhi segala kejahatan.

Semoga bermanfaat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!