Sabtu, 20 Mei 2017

Chalet di Pitas : Indah Chalet & Restaurant

Kepada yang berkunjung ke Pitas, ada satu chalet yang anda boleh try + boleh memancing + melihat keindahan Laut Sulu dan makan di restoran makanan laut sekali. 

Inilah Indah Chalet dan Restaurant, terletak di Dataran Bengkoka Pitas. 

Masa ni cuaca hujan, tapi pemandangan di kawasan Indah Chalet tetap cantik. Jika anda menginap di sini, boleh memancing dengan percuma. 

Suasana aman damai, ditambah lagi dengan hujan dan awan mendung serta berangin... seronok tidur ni.

Jika terasa lapar, boleh makan di Restoran Indah. Ada pelbagai jenis masakan yang available. Menu yang kami order waktu niadalah ketam rebus, telur dadar, ikan steam, sayur campur, sotong goreng yang dihidang bersama nasi putih. Lupa amik gambar sebab kelaparan. Hehe

Kawasan restoran

Waktu berniaga restoran ialah pada jam 7PM - 10PM pada setiap hari. Cas ruang legar untuk memancing juga dikenakan sekiranya anda tidak menginap di sini. Still berbaloi dengan hasil tangkapan yang bakal anda dapat.

Di sini ada banyak jenis chalet yang available. Nak yang menghadap laut pun boleh... nak yang bajet pun boleh.



Yang ini chalet standard. Harga RM90 semalam
-
-
-
-
-
-
-



Yang ini pula chalet seaview. RM180 semalam. Ada balcony untuk bersantai sambil memancing.



Pemandangan senja yang begitu indah. Pitas terletak di atas Sabah (tanduk nombor dua), bersebelahan dengan Kudat. Jika inginkan suasana aman damai, sudilah berkunjung ke Pitas. 
-
-
-
-
-
Lukisan daripada Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan UMS

Indah Chalet juga menyediakan function room dan meeting room. Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi nombor tertera.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!