Jumaat, 12 Mei 2017

Luggage Ringan - Delsey Lightweight Cabin Luggage

Selalunya saya tak masukkan luggage dalam kargo sebab malas nak tunggu beg masa sampai ke destinasi nanti. Untuk 4 hari 3 malam still can go without cargo la. Lagipun pernah terkena kes luggage pergi ke tempat lain. Punyalah leceh nak mengurus. Kecualilah kalau travel lama... terpaksa juga masuk beg dalam kargo. Kan?

-
-
-
-
-
-
-
-
-



Tapi sekarang policy kapal terbang dah semakin strict. 

Terutama kalau naik Air Asia. Cabin bag + small bag tak boleh exceed 7KG. Don't know la kenapa Air Asia buat macam tu tapi sangatlah tak relevant kerana memaksa orang ramai beli beg yang lebih ringan (kalau travel sekejap). Halooo... berat laptop Macbook air pun sudah 1.4KG oooo... + luggage 3KG lagi + travel essential lagi.... Haiyooo... please la Air Asia. Ada lagi di sesetengah airport yang main siap timbang lagi tu beg sebelum kena scan ooo. Dan seterusnya.... this policy makes barisan drop baggage pun jadi semakin panjang... panjang... dan panjang. Terkena lagi dengan certain staff yang full of xxx.... Argghhh...!!

Oleh kerana beg yang saya selalu guna tu beratnya dalam 3KG+, cam tak berbaloi pula dah. Saya pun beli la beg baharu. Lagipun memang diperlukan juga.

Taaadaaa! Luggage baharu saya. Delsey lightweight bersaiz cabin. Berat hanya 2.2KG sahaja. Dan warnya juga biru. Tak pernah lagi ada warna ni sebenarnya. 

Bukan sahaja beg bersaiz cabin dan boleh memuatkan banyak barang, malah fabrik yang digunakan juga berkualiti tinggi. (Kalau orang nak toreh untuk curi brang, tak mudah nak koyak sampai habis kerana ada satu lapisan dalaman lagi). Lagipun beg ini juga dilengkapi dengan security lock dan yang paling best, empat roda. Senang nak tolak. 

Actually ada banyak lagi lightweight luggage yang available di pasaran; seperti American Tourister leightweight baggage yang hanya beratnya 2.3KG sahaja. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!