Selasa, 30 Mei 2017

TUMI Wristlet - All in One

Kualiti barangan jenama TUMI tak pernah mengecewakan saya. Kualiti yang baik, malah sekiranya mengalami kerosakan... silalah hantar ke kedai TUMI untuk repair balik.

Setakat ni ada beberapa koleksi TUMI such as tote, slingbags, wallet, crossbody dan yang terbaharu.... this wristlet. Benda ni memang sangat membantu saya terutama ketika nak pergi lunch (malas nak bawa handbag a.k.a actually saya guna slingbag), bila nak pergi berurusan kat luar such as pergi bank etc, pergi mesyuarat dan lain-lain.

Saya pun sebenarnya dah jadikan wristlet ni sebagai dompet saya. Very easy to use, convenient, dan sesuai untuk saya.

Saiz wristlet ni sederhana... cukup untuk muatkan smartphone anda, segala kad pengenalan... lesen memandu, kad, wang, lipbalm dan tissue etc. Available dalam beberapa color such as blue, maroon, coklat cair dan corak floral. I choose black sebab nak match dengan my TUMI crossbody. 

Wristlet ni terbahagi kepada dua side. Sebelah yang ada tempat simpan kad bagai. Sebelah yang plain. Tengah-tengah tu boleh jadi tempat sisip barang juga such as small notepad atau handphone. Dan di sebelah luar kanan dan kiri pun ada poket juga.

Wristlet ni ada tali pemegang supaya senang kita nak bawa ke sana kemari. Kualiti fabrik yang digunakan juga bagus, tak mudah kotor, senang dicuci dan jahitan sangat kemas.

Harga wristlet ni adalah RM500+ dan kadang-kadang TUMI ni pandai sale juga. So maybe boleh dapat harga less than RM400. For more info boleh masuk ke dalam website TUMI, atau pergi ke kedai TUMI. Di KK ni ada kat IMAGO. 
-
-
-
-
-
-
-
-
Design barangan TUMI tak semestinya sama di setiap negara. Just to share design TUMI di Jepun pula. Gambar melalui WhatsApp yang dikirimkan oleh my sis sewaktu berada di Tokyo, Jepun.
Harga ada murah sedikit banding di Malaysia. Contohnya harga small backpack tu... kalau kat Malaysia dalam RM1500... kat Jepun boleh dapat only RM1000 or less. Untuk harga terbaik barangan berjenama di Jepun, boleh pergi ke premium outlet mereka.  

P/S - Beware of fake TUMI. Although not much yang ciplak macam certain brands yang lain... but still wujud juga.

Ahad, 28 Mei 2017

A Very Beautiful Sunset

Pemandangan matahari terbenam di UMS sentiasa cantik dan mempesonakan. Bertuah dapat berkhidmat di universiti yang indah ini. Bukan sahaja dapat berkenalan dengan rakan-rakan yang supporting dan pelbagai kaum... malah saya juga telah sambung study di sini! ♡

Saya share dulu shot sunset #noeditnofilter ni.

Selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam (puasa start 27 Mei). Semoga bulan Ramadhan pada tahun ini mendapat keberkatan seperti sebelumnya. Semoga dikekalkan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan. Banyakkan bersedekah, kurangkan kontroversi 

P/S - Message for those people : Kepada yang suka berkata buruk terutama di dalam media sosial tu... agak-agaklah... cermin diri dahulu sebelum mengata orang ya. Nampak sangat buruk perangai... Get a life!

Bring-A-Dish Sebelum Ramadhan

Throwback balik aktiviti sebelum hadirnya bulan Ramadhan....

Jumaat, 26 Mei 2017. Kami warga Jabatan Pendaftar ada buat majlis kecil-kecilan sempena menyambut bulan Ramadhan yang bakal menjelang tak lama lagi. Aktivitinya adalah bacaan doa selamat dan sambutan hari lahir kepada yang meraikannya 

Walaupun kami keluarga Jabatan Pendaftar mempunyai office sebelah menyebelah.... jarang juga berkumpul beramai-ramai dek kerana tugasan harian yang perlu dijalankan. Kecuali kalau ada majlis atau program tertentu, barulah kami boleh bertemu.

Setelah mengadakan bacaan doa selamat dan sedikit tazkirah yang diberikan oleh ustaz, kami pun buat juga majlis sambutan hari lahir kepada rakan-rakan yang meraikan. "Allah selamatkan kamu..." . Teringat pula cerita P. Ramlee.

Makanan yang kami bawa ni secara potluck. Lagi best sebenarnya berbanding makan kat tempat mahal-mahal. Satu, boleh jimat... dua, boleh rasa masakan kengkawan yang lain... dan tiga, no protocol. Hehehe.

Tak sempat nak shot semua gambar makanan. >_<

Seronok makan ramai-ramai
-
-
-
-
-
Lepas satu majlis... ada lagi satu actually. Yang ni dengan BFF pula. Ish... ish... asyik makan.

Sabtu, 27 Mei 2017

Bulla Creamy Classics - Aiskrim Sandwich

First time saya makan aiskrim sandwich ni, punyalah sedap. Dengan biskut yang super lembut dan aiskrim yang so yummy... keenakan Bulla Creamy Classics tak boleh disangkal lagi.

Kepada peminat aiskrim... cubalah rasa yang ni. Aiskrim sandwich Bulla Creamy Classics available dengan beberapa perisa seperti Cookies & Cream, Triple Choc, Vanilla dan Honey Comb. Aiskrim ini dijual di kedai-kedai menjual barangan import seperti di Tong Hing supermarket. Harga aiskrim ni tak menentu tapi dalam lingkungan RM7.50 - RM8 sebungkus.

Saya pilih Bulla Creamy Classics Triple Choc. Oh-so-yummy. 

Biskut yang lembut. Rasa satu macam nak lagi
🍦
🍦
🍦
🍦
🍦
Selain aiskrim sandwich, Bulla juga mengeluarkan produk yang lain seperti aiskrim yogurt, aiskrim choc bar dan lain-lain. Produk Bulla adalah made in Australia dan yang bestnya, produk ini telah diasaskan oleh tiga Australian families bermula pada tahun 1910. Nak info lebih lanjut boleh layari website Bulla ice cream.

source

source

Selasa, 23 Mei 2017

Review : Skechers for Work Slip Resistant Shoes

Sebelum ni tak pernah rasa sakit tulang belakang yang amat. Terlalu sangat guna kasut tinggi kot? Atau kerusi di pejabat baru ni tak berapa sesuai?

Apa-apapun, nampaknya dah kena tukar kepada kasut yang lebih rendah. Sebenarnya hari tu pusing kat area 1Borneo pergi tengok kedai Skechers dengan harapan boleh beli kasut kerja yang super selesa. Tapi hampeh kerana tak dapat kasut yang macam saya nak.

Ngam pula baru-baru ni pergi IMAGO. Apa lagi... teruslah pergi ke kedai Skechers kot ada berjual yang saya berkenan.

Walaupun Skechers banyak mengeluarkan kasut yang kasual, tapi jenama ini juga ada produce kasut khas untuk kegunaan pejabat. Akhirnya.... taddaaa! Saya berjaya membeli kasut Skechers for Work : Slip Resistant. 

Inilah dia kasut selesa yang saya maksudkan.

Simple dan senang digunakan. Ringan dan tak ada corak bagai. Tinggi tumit lebih kurang 1.5 inci sahaja. (Banding sebelum ni pakai 4 inci). 

Feel sooo good masa pakai kasut ni. Tak ada sakit kaki  Secara tak langsung boleh bagi relax sikit tulang belakang saya nih.

Ignore the cat

Boleh digunakan untuk kerja mahupun kasual. ♡♡♡

Slip resistant 🖒. Good for us.

Harga kasut ini berharga RM369 sahaja. But so quality, sangat berpuas hati. ☆☆☆☆☆ untuk kasut ni.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web Skechers. 

Sabtu, 20 Mei 2017

Chalet di Pitas : Indah Chalet & Restaurant

Kepada yang berkunjung ke Pitas, ada satu chalet yang anda boleh try + boleh memancing + melihat keindahan Laut Sulu dan makan di restoran makanan laut sekali. 

Inilah Indah Chalet dan Restaurant, terletak di Dataran Bengkoka Pitas. 

Masa ni cuaca hujan, tapi pemandangan di kawasan Indah Chalet tetap cantik. Jika anda menginap di sini, boleh memancing dengan percuma. 

Suasana aman damai, ditambah lagi dengan hujan dan awan mendung serta berangin... seronok tidur ni.

Jika terasa lapar, boleh makan di Restoran Indah. Ada pelbagai jenis masakan yang available. Menu yang kami order waktu niadalah ketam rebus, telur dadar, ikan steam, sayur campur, sotong goreng yang dihidang bersama nasi putih. Lupa amik gambar sebab kelaparan. Hehe

Kawasan restoran

Waktu berniaga restoran ialah pada jam 7PM - 10PM pada setiap hari. Cas ruang legar untuk memancing juga dikenakan sekiranya anda tidak menginap di sini. Still berbaloi dengan hasil tangkapan yang bakal anda dapat.

Di sini ada banyak jenis chalet yang available. Nak yang menghadap laut pun boleh... nak yang bajet pun boleh.



Yang ini chalet standard. Harga RM90 semalam
-
-
-
-
-
-
-



Yang ini pula chalet seaview. RM180 semalam. Ada balcony untuk bersantai sambil memancing.



Pemandangan senja yang begitu indah. Pitas terletak di atas Sabah (tanduk nombor dua), bersebelahan dengan Kudat. Jika inginkan suasana aman damai, sudilah berkunjung ke Pitas. 
-
-
-
-
-
Lukisan daripada Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan UMS

Indah Chalet juga menyediakan function room dan meeting room. Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi nombor tertera.

Trip to Genting Highlands, Pahang - Part 3

Cerita Part 3 ni tak ada la sangat tapi nak juga share. 

Okay! Time to go home. Walaupun flight kami pada jam 5PM... tapi kami check out awal daripada hotel. Yalah. Manatau nanti ada apa-apa masalah ke...

Untuk check out, hotel First World menyediakan mesin auto bagi memudahkan proses. Hanya masukkan sahaja kunci hotel, then selepas skrin tertera 'thank you', all done. Boleh dah check out.

Pulang pun kami menaiki cable car juga. Time ni orang tak ramai. So bolehlah beli tiket yang murah. RM8 sahaja. Phew!

This is outdoor theme park Genting Highlands. Memang totally under maintenance.


Suasana di dalam cable car. Nak amik yang crystal cabin pun ada juga. Memandangkan kawan saya agak gayat... jadi lupakan hasrat membeli tiket crystal cabin. Yang biasa pun jadilah.

Beautiful view from above

Bye-bye Chin Swee Temple
-
-
-
-
-
Setibanya di KL Sentral... kami pun duduk lepak makan tengahari dulu. Terasa nak makan vegetarian dish. 

Lepas tu kami jalan-jalan area UA Central sebelum meneruskan perjalanan ke KLIA2.
Mulanya nak singgah ke Mitsui tapi tak jadi. Cuaca kurang baik. Jalan area KLIA2 pun dah memadai. Kalau terasa lama nak tunggu flight atau nak nap... boleh ke capsule hotel untuk berehat seketika. ^^

END of trip. Till we meet again