Jumaat, 7 April 2017

Sesi Penyerahan Baju Group KD Pisang Pisang

Akhirnya! Baju kelab kami dah siap. Apa lagi... group memancing la. HeHe. Bolehlah pakai pergi jalan-jalan atau time memancing. Oh yeahhh. Punyalah syok group ni. Setelah ianya diwujudkan oleh geng gila pancing... lepas tu siap ada boat lagi. Dengan enjin dan logo sekali. Fuiyooo.

Ntah apa benda group KD Pisang Pisang ni. Actually pisang pisang tu nama ikan. Ikan pisang pisang. Badannya kecil, warna putih tapi sirip dan ekor ada warna kuning. Kalau goreng pun sodap.

Sebenarnya ada konflik sikit nama group ni. Pada mulanya nama group kami ni Geng Titir. (Titir merujuk kepada ikan titir). Lepas tu dah siap bot, nama bot tu Pisang Pisang. Secara automatiknya group pun berubah nama juga (kuasa presiden). Yang lagi best... gambar logo ikan todak, tapi nama Pisang Pisang. Haaaa.... unik la sangat.

Dapat baju KD Pisang Pisang

Barisan ahli kelab. Ahli kelab ini adalah yang terpilih dan masing-masing ada kepakaran dalam bidang memancing. Nak request join pun boleh tapi ada syarat tertentu. Hehehehehe.....

Pemandangan di Jeti UMS. Cantik kan? ^^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!