Ahad, 16 April 2017

Renew Roadtax Online

Sekiranya tak sempat nak ke UTC atau ke JPJ untuk renew roadtax, anda boleh menggunakan perkhidmatan secara online di MyEG. Perkhidmatan ni tidak terhad kepada renew roadtax sahaja, malah anda boleh renew lesen memandu, bayar saman PDRM, perkhidmatan zakat, urusan berkaitan kad pengenalan dan lain-lain. 

Setakat ini saya berpuas hati dengan perkhidmatan MyEG kerana bukan sahaja cepat, malah mudah dan menyenangkan. Hari tu saya renew roadtax menggunakan MyEG. Memang cepat. Hari Ahad saya apply roadtax, hari Selasa tu dah sampai ke tempat saya. Untuk penghantaran ke Sabah dan Sarawak akan dikenakan cas sebanyak RM10 sahaja.

Thank you MyEG ♡



Untuk menggunakan MyEG, anda perlu register terlebih dahulu. Lepas tu dah boleh guna semua perkhidmatan yang disediakan. Untuk maklumat lanjut boleh layari www.myeg.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!