Sabtu, 22 April 2017

Percutian Bajet Kami. Kota Kinabalu - Kuala Lumpur @ KL Trip 2.0

Cara terbaik kalau nak pergi melancong adalah kena selalu tengok tiket murah. Kalau ada yang pakej dengan penginpan lagi best. Salah satu cara adalah dengan membuka laman web AirAsiaGo atau.... taip saja di Google search, keyword 'Air Asia Promotion'. 

Kenapa Air Asia? Setakat ni Air Asia menawarkan harga termurah untuk tiket kapal terbang (+ pakej hotel). FYI - Malindo Air pun selalu ada promotion juga tapi kebanyakan flight dari KK kena transit ke KL terlebih dahulu. 

Okaylah. Pada 14 -16 April 2017, seramai 12 (9 dewasa 3 kanak-kanak) orang ahli rombongan kami menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur sekali lagi. Trip kali ini lebih fokus kepada shopping sebab dah nak raya kan? Saya adalah tour guide untuk trip kami ke KL, dibantu oleh Khai dan Hafiz a.k.a assistant tour guide. 

Total tiket Air Asia BKI-KUL-BKI, penginapan 3 hari 2 malam di Hotel Citin Masjid Jamek adalah RM320 sahaja (Tak termasuk pre order meals, extra luggage weight, seat dan insurans kerana yang ni tak compulsory). Bear in mind, sekarang Air Asia dah strict. Berat cabin beg dah tak boleh melebihi 7KG (siap kena timbang lagi masa nak masuk departure hall).

Nasi dagang (must try)

Jika berhajat nak makan di dalam kapal (Air Asia), better buat pre book secara online kerana harga yang ditawarkan lebih murah. Makanan + air adalah RM12 sahaja. Berbanding dalam kapal baru nak beli, harga sekarang adalah RM15 tanpa air. Menu juga terhad.

Ni favorite meal saya, Roasted Chicken with Cream Sauce. Superb!

Ada beberapa options perjalanan dari KLIA2 ke destinasi (kami pergi Jalan Masjid Jamek). Pilih mana satu paling berbaloi, termurah, keselesaan dan kena kira juga berapa orang ahli rombongan pada masa tu.

Option 1 - Aerobus / LRT
KLIA2 - KL Sentral (Bas) = RM13
KL Sentral - Jalan Masjid Jamek (LRT) = RM1.60

Option 2 - UBER / GRAB
KLIA2 - Jalan Masjid Jamek = Around RM80+ - RM100+

Option 3 - Teksi
KLIA2 - Jalan Masjid Jamek = Around RM100+

Option 4 - KLIA Transit
KLIA2 - KL Sentral = RM55
KL Sentral - Jalan Masjid Jamek (LRT) = RM1.60

Option 5 - Tour Van
KLIA2 - Jalan Masjid Jamek = RM160 - RM180

Memandangkan ahli kami ramai, dan masing-masing pun bawa luggage besar, so kami memilih Option 5 iaitu menggunakan tour van kerana harga lebih berbaloi (cutting duit ramai-ramai) dan lebih selesa. Nak pilih tour van ada kaunter khas terletak di Basement KLIA2.




Ini adalah hotel pilihan saya setiap kali ke Kuala Lumpur kalau nak pergi shopping. Harganya murah, dekat dengan tempat shopping (turun bawah dah boleh shopping), selesa dan perkhidmatan kaunter juga bagus.

Boleh search di Agoda.com untuk harga hotel yang murah, dan gunalah Trivago untuk compare harga hotel di seluruh dunia.


Sekitar Jalan Masjid India memang banyak tempat makan. Ada restoran nasi campur, gerai, fastfood dan lain-lain. Kedai serbaguna juga mudah untuk didapati.

Kami memilih untuk makan di Restoran ABC yang terletak tak jauh dari hotel. Masakannya enak!

Dah lama tak makan nasi atas daun pisang. Menu ni antara yang paling berbaloi iaitu nasi putih, 4 jenis sayur dan boleh pilih nak lauk ikan / ayam / daging. Semuanya hanya RM8 sahaja.

Nak menu lain pun boleh. Yang ini nasi briyani kambing. By the way, kari India adalah yang terbaik. 

Lepas makan, kami meneruskan perjalanan di sekitar Jalan Masjid Jamek. Mula ntuk shopping raya. Oleh kerana saya tak minat sangat shopping, so barang belian memang tak banyak la. 

FYI - Jangan lupa setiap Sabtu malam Ahad ada pasar dibuka di kawasan Masjid Jamek. Bermula dari petang sehinggalah malam. Pelbagai barangan dan makanan dijual dengan harga yang murah. Nak makan mangga muda jeruk pun ada, pasembur, kebab, ayam goreng etc... Rugi kalau tak pergi pasar malam. 


Malam tu (Jumaat malam Sabtu), lepak sekejap kat gerai dekat-dekat dengan hotel. 




Keesokan paginya saya bawa rombongan ke Kenangan Shopping Mall. Mall ni buka jam 10AM. Cara termurah adalah menaiki LRT. Dari stesen Masjid Jamek ke stesen Jalan Hang Tuah baru RM1.60 macam tu (10 minit sampai). Untuk maklumat lanjut mengenai LRT seperti laluan destinasi dan harga tambang, boleh layari laman web MyRapid.

Masjid India

Keluar sahaja dari stesen Hang Tuah, cari signboard ni dan ia membawa anda ke Kenanga Wholesale City (KWC). Perjalanan (jalan kaki) ke sana lebih kurang 10 minit dan di sepanjang perjalanan ada banyak kedai-kedai yang menjual pakaian. 

KWC menawarkan harga pakaian yang murah jika anda beli banyak. Makin banyak makin murah. Shopping la sepuas hati dari Ground Floor hingga ke Aras 8. Bila dah balik nanti tak larat naik LRT, panggilah teksi ✌

Saya tak ikut rombongan pergi bershopping. Saya lebih suka berjalan-jalan menikmati pemandangan dan pergi ke tempat yang cantik. Next page saya cerita tempat yang saya pergi kali ni. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!