Khamis, 20 April 2017

Pengalaman Mistik / Nampak Hantu - Part 11

Bunyi di Pejabat

Office kami ni kiranya 'haunted' jugalah sebab dah banyak kejadian aneh yang berlaku di sana. Sebelum ni kengkawan kerja cerita pengalaman nampak kepulan asap la... ada lembaga hitam tiba-tiba terbang terus lesap macam tu sahaja... kertas yang dah disusun, esok pagi diselongkar balik dan lain-lain lagi.

Masuk April ni... dah tiga bulan saya ditempatkan di office baharu. Okaylah. Ni cerita paling latest saya alami. Dekat jam 7PM, pada 19 April 2017. Orang lain dah balik dah. Saya tinggal sorang sebab ada kerja lagi nak dibuat. Masa tengah menaip tu, tiba-tiba dengar bunyi something. Macam bunyi orang hentak pintu, "bam! bam! bam!". Tak endah lagi tapi dah rasa lain macam. Tiba-tiba bunyi tu datang lagi dan kali ni lebih kuat. BAM! BAM! BAM! Ermmmm... ntah bunyi apa sebenarnya. Bunyi orang hentak pintu ke, atau hendak kabinet.... tak tau la. apa-apa pun... blah terus la sebelum ianya menjelma. Masa blah tu, terasa meremang bulu roma. Confirm benda tu ikut turun. Nasib baik tak masuk dalam kereta. Jangan lupa baca ayat Kursi.

FYI - Kejadian seperti itu memang biasa berlaku. Dan itu tandanya kita kena pulang rumah dah.



Che Pon Menjerit Lagi

Cerita ni seram sikit. Time tengah fullmoon. Ingat lagi... dalam 11 April 2017. Saya ada kuliah malam (dalam kampus juga). Lepas habis kelas dalam jam 0930PM macam tu, saya minta Hafiz ambil saya. Kebetulan masa tu staf Hafiz tumpang sekereta juga nak minta hantar ke parking kereta dekat area office.

Masa kami drop off dia, sempat lagi saya pergi ambil gambar bulan. Yalah. Time tu bulan penuh. Memang cantik dan terang benderang. Masing-masing nak tunjuk kehebatan kamera smartphone la konon. Snap punya snap... dah dekat jam 10PM. Tiba-tiba dengar satu bunyi... macam orang menjerit. Tapi dalam masa yang sama macam bunyi burung pun ada. Senang cerita macam orang yang buat bunyi burung. KWAK! KWAK! KWAK! Kuat gila bunyi tu. Dekat. Sangat dekat.
 
Saya tengok sekeliling. Gelap gelita. Kereta pun tinggal kereta kami sahaja di parking. Sebelah tempat parking adalah pokok-pokok, semak dan blok chiller. Saya dah rasa lain macam tapi buat tak peduli. Tengok di atas pokok... tak ada apa juga. Burung pun tak ada. Selalu balik lewat juga tapi tak pernah langsung dengar bunyi macam tu rupa. Then saya pun cepat-cepat suruh Hafiz dan staf balik rumah.

Jadi esoknya saya pun ceritalah dengan kawan saya yang ada sixth sense ni (sebelum ni dah pernah mentioned). Sangkaan saya adalah 'penanggalan' tapi dah clarify dengan kawan saya... rupanya che pon (tengah terbang). Mana taknya.... time tu saya minta Hafiz tapau kan sayap ayam panggang. Sukalah benda tu.

Nanti saya story the next episode lagi. Ada banyak lagi ni. Bunyi lantai kena pijak, hantu raya CCTV, cerita di rumah Agnes Keith Sandakan etc. Tapi nak tidur dulu. Dah jam 0300AM... baru lepas siap buat assignment la katakan....

FYI - Semua cerita mistik ni saya tak buat-buat. Ianya berdasarkan pengalaman sebenar. Terpulang kepada anda nak percaya atau tak. Semoga kita sentiasa dilindungi Allah S.W.T.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!