Rabu, 12 April 2017

JJCM : Little Italy, Kota Kinabalu

Untuk yang menggemari makanan Itali seperti pasta, salad, pizza dan lain-lain... boleh try di Little Italy yang terletak dibawah Hotel Capital, Jalan Gaya, Kota Kinabalu (Berhadapan dengan Wisma Merdeka). Kewujudan restoran ini tak asing lagi buat penduduk Kota Kinabalu dan sememangnya ia menyediakan authentic Italian food.

Dibuka setiap hari bermula jam 10AM - 11PM, jangan terkejut jika Little Italy sentiasa dipenuhi orang terutama pelancong. Pada malam tu pun nasib baik kami dapat tempat duduk. Kebetulan ada satu meja kosong. Kalau tak... melepas la makan di sini.

Satu hal lagi kalau makan masakan Itali ni, menu ada berbeza sedikit. Jadi jangan pula salah pilih menu kerana kebanyakannya dalam bahasa Itali. 


Dekorasi arca patung ni yang menarik kat sini.



Apa yang best kat sini, servis makanan memang terbaik. Walaupun ramai orang, laju betul order sampai. Apa-apapun still sempat amik gambar dengan arca ni.

Saya order Marinara Verde. Pastanya pula saya pilih spaghetti. Harga menu ini adalah RM29.90. Verde (bahasa Itali) bermaksud green. Campuran marinara verde adalah fresh prawns, scallops, clams, hirisan sotong, timun zucchini.

Selain itu, menu kedua adalah Scalophine iaitu hirisan daging bersos istimewa yang dihidang bersama sayur campur dan kentang. Harga hidangan ini ialah RM45+.

Overall makanan di sini enak belaka. Pizza di Little Italy must try.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!