Isnin, 17 April 2017

Gloria Jean's Coffees : Rose Green Petal Tea

Akhirnya dapat juga cari stok teh bunga ros ♡ Nak tahu di mana saya beli? 
Sebenarnya hari tu pergi makan masakan China muslim di Karamunsing shopping complex. Kat atas meja ada cawan berisi rock sugar, kelopak bunga ros, bunga kekwa, luo han guo, kurma cina dan lain-lain lagi. Untuk menyejukkan badan. Saya pun try la. Seriously sangat sedap (bagi saya la). Wangi dan rasa manis yang berbeza. 

Sejak dari tu teringin nak minum teh bunga ros lagi. Kebetulan masa di Sandakan nak balik ke KK (urusan kerja), saya dan my colleauge singgah di Gloria Jean's Coffees lepak sambil tunggu flight balik. 

Ada pula jual teh bunga ros. Memang nasib baik la time tu. Maka dengan riang hatinya saya pun beli la. Satu kotak kalau tak salah dijual dengan harga RM27. 


Taaadaaa. Uncang premium berisi kelopak bunga ros. Untuk rasa authentic, hanya tuang air panas dan tak perlu tambah gula. 

Rasa yang wangi dan sedikit pahit adalah keunikan teh ini.

Walau apapun, dah singgah ke sini... jangan lupa minum beverages yang available di Gloria Jean's Coffees. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!