Rabu, 26 April 2017

Gatal Tapak Tangan Bermaksud Duit?

Pernah tak rasa gatal-gatal tapak tangan secara tiba-tiba (bukan sebab penyakit)? Orang kata kalau tapak tangan gatal ni ada dua sebab. Tapak tangan kiri gatal = duit nak keluar. Tapak tangan kanan gatal = duit nak masuk.

Tak taulah benar atau tidak. Lagipun rezeki datangnya dari Tuhan yang Maha Esa. Tapi kan... saya dah pernah experienced kejadian ni beberapa kali. Biasanya tangan kanan yang gatal la. Lepas tu mesti dapat $$$ punya. Kadang-kadang ada yang bermurah hari bagi duit untuk belanja makan, kalau tak..  duit side income masuk, tak pun tiba-tiba jumpa duit di atas jalan. 

Gatal tapak tangan kiri pun pernah juga. Keluar duit tiba-tiba sebab kena bayar yuran la... dan macam-macam lagi . Tapi tak la setiap kali keluar duit tu terus gatal tapak tangan.

Jangan silap. Biasanya gatal tapak tangan ni tak lama. Sekejap sahaja dan lepas tu dah okay. Kalau gatal teruk dan berhari-hari, tandanya penyakit (kurap, panau etc).

Apa-apapun, just sharing. ^^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!