Rabu, 26 April 2017

Cara Kekal Awet Muda

Jom saya share cara kekal awet muda. Semoga bermanfaat.

1. Banyakkan makan sayur dan buah. 
Makanan seperti ini bukan sahaja membuang toxic dari tubuh, malah membantu melawan penyakit serta menjadi sumber vitamin. Setiap hari kena makan sayur / buah, kalau boleh banyakkan makan ulam-ulaman seperti timun, pegaga dan kacang bendi dalam menu anda.

2. Senaman muka
Setiap pagi selepas bangun tidur, atau malam sebelum tidur, urutkan muka selama 1-2 minit. Cara urutan juga kena betul... sebagai contoh dari dagu terus ke bawah leher. Makan chewing gum (sugar free is the best) juga secara tidak langsung membantu senaman muka.


3. Senyum dan elakkan stress.
Kalau selalu stress akan menyebabkan penuaan yang cepat. Caranya galakkan diri untuk selalu senyum (jangan marah-marah). Berbual-bual santai dengan rakan-rakan, tengok cerita lawak dan banyak lagi benda lain boleh dibuat. Juga jangan selalu bekerja sehingga lewat malam.. 


4. Jangan biasa kerutkan kening atau dahi
Kalau selalu kerut, sure akan terhasil la garis-garis halus di muka anda.


5. Banyakkan minum air. 
Air membantu mengekalkan kelembapan badan. Minumlah air secukupnya supaya kulit tak menjadi kering yang akan menyebabkan penuaan cepat.


6. Elakkan merokok. 
Antara individu perokok dan yang tak merokok, boleh dibezakan. Janganlah merokok kerana ianya hanya membazir duit malah mencemarkan alam sekitar.


7. Jangan tidur lewat. 
Woooppss! Tidur lewat akan menyebabkan mata bengkak dan pening kepala. Yang terbaik ialah tidur awal dan bangun awal.


8. Facial muka.
Kalau tak nak buat di kedai pun tak apa. Boleh buat di rumah menggunakan bahan-bahan semulajadi atau bahan khas untuk facial muka.


9. Senaman.
Apa-apapun, cara mengekalkan hidup sihat adalah dengan bersenam. Tiga kali seminggu sudah memadai. Keluarkan toxic melalui peluh!


10. Minyak muka kekalkan awet muda.
Kepada yang mempunyai masalah muka berminyak, anda sebenarnya beruntung kerana ia membantu mengekalkan awet muda. Walaubagaimanapun, minyak yang berlebihan boleh menyebabkan pori-pori tersumbat dan jerawat timbul. Rajinkan diri mencuci muka agar muka sentiasa segar dan bakteria hilang.


11. Menikmati keindahan Alam. 
Jom pergi melancong. Tak perlu ke tempat yang jauh-jauh pun tak apa. Selain itu, berehat di tepi pantai atau taman boleh menenangkan fikiran serta merehatkan minda.


12. Kurangkan penggunaan mekap dan bahan kimia terlalu banyak. 
Elakkan mekap yang tebal dan menggunakan bahan kimia seperti botox, drip pemutih kulit dan bahan asing lain kerana kita tak tau apa effect pada masa akan datang.

13. Gunakan krim dan moisturizer.
Walaubagaimanapun, krim dan moisturizer membantu melembapkan kulit dan mengelakkan penuaan dengan cepat. Pilihlah produk yang berasaskan bahan semulajadi dan tiada bahan terlarang.


14. Lapangkan dada dan bersihkan hati. 
Lupakan hal-hal yang tidak menyenangkan, elakkan sifat negatif dalam diri dan aktiviti yang sewaktu dengannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!