Ahad, 23 April 2017

KL Trip 2.0 - Planetarium Negara Malaysia

Last sekali saya ke Planetarium Negara sebelum ni ialah pada tahun 1998. Dah lama.. Kecil lagi time tu. Baru sekolah rendah. LOL.

Kini saya berjaya tunaikan impian saya sekali lagi. Yeah! Hehehe... apa tak... sebelum ke KL, asyik-asyik sebut Planetarium Negara. Yalah. Suka sangat belajar astronomi kan. 

Tempat ni terletak tak jauh dari Muzium Negara. Nak jalan kaki pun boleh. Ikut sahaja signboard yang ada di tepi pintu gerbang Muzium Negara (kalau anda daripada Muzium Negara) ... dan ia akan bawa anda terus ke Planetarium Negara (jalan melalui jejantas. Lepas tu kena naik tangga lagi. Boleh semput juga). Nak naik transportation seperti taxi atau Uber pun boleh juga.

Planetarium Negara dikendalikan oleh MOSTI dan buat masa ini tidak dikenakan sebarang bayaran masuk kecuali kalau nak tengok tayangan baru kena beli tiket. 



Planetarium Negara. Akhirnya.... berjaya tiba

Batu meteorite. Boleh sentuh!

Bergambar bersama sut angkasa lepas

Mars Exploration Rover

Sebahagian daripada roket

NASA

Inilah keadaan dalam kapsul Soyuz (Kapal angkasa Rusia). Sangat kecil! Biasanya dalam ni boleh memuatkan dua atau tiga orang angkasawan. 

Cara tidur di angkasa lepas.

Pemandangan dari observation tower. Nak pergi balai cerap kena naik atas lagi. Malangnya only authorized person dibenarkan masuk.

Struktur matahari

Selepas berkunjung ke Planetarium Negara, kami pun rasa lapar dan pergi ke KLCC untuk chill out. Guna Uber sahaja. Tak mahal pun tambang. Sangat berbaloi.

P/S - Pada pandangan saya, mungkin pihak yang menjaga Planetarium Negara boleh upgrade lagi fasiliti di tempat ni seperti memperbanyakkan tempat pameran, kualiti persekitaran yang lebih menarik dan pelbagai lagi usaha... agar boleh menarik ramai pelancong berkunjung ke mari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!