Ahad, 23 April 2017

KL Trip 2.0 - Muzium Negara Malaysia

Kepada yang tak berkunjung lagi ke Muzium Negara... haaa.... jom la pergi beramai-ramai. At least sekali kena jejakkan kaki ke sini. Bukan sahaja dapat mengenali lebih lanjut tentang pra sejarah Malaysia (paleolitik, mesolitik, neolitik, zaman besi etc), malah boleh menambah ilmu pengetahuan mengenai negara yang tercinta ini. Selain itu kita boleh menghiburkan diri dengan melihat barangan bersejarah yang dipamerkan di Muzium Negara ini. 

Tiket masuk ke Muzium Negara hanya berharga RM2 untuk warganegara Malaysia. 
Amat berbaloi  :-) Pengunjung boleh mendapatkan tiket di kaunter yang disediakan.


(Actually kesinambungan cerita budget travel hari tu). Yang lain pergi shopping. Saya lebih suka berjalan-jalan ke tempat menarik. Akhirnya pergi sekali lagi ke Muzium Negara. Last sekali pergi pada tahun 1998. Dah lama dah. 

Rupanya inilah gerabak terdahulu yang naik turun di Bukit Bendera, Penang. 


Tarian orang asli juga dipersembahkan untuk para pelancong yang berkunjung.

Melawat ke rumah tradisional Melayu


Bas paling lejen! Teringat majalah lawak Ujang. 

Antara cawangan muzium yang dibina diseluruh negeri dan Wilayah Persekutuan termasuk Labuan. 

Cantik ukiran pada pintu gerbang ni

Statue King Edward VII





Ada banyak lagi gambar-gambar yang saya snap semasa di Muzium Negara. Untuk merasainya sendiri, anda perlu berkunjung ke sini. ♡

Muzium Negara terletak bersebelahan dengan KL Sentral.

Waktu operasi Muzium Negara ialah 0900AM - 0600PM setiap hari kecuali Hari Pertama Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Jom berkunjung ke Muzium Negara!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!