Rabu, 26 April 2017

10 Barangan Yang Tak Boleh Tinggal Masa Pergi Melancong

Ni adalah 10 barangan peribadi yang mesti ada ketika saya pergi melancong.

1. Headphone
Apa-apapun, headphone kena sentiasa ada tak kira travel ke luar negara, dalam negara atau domestik. Saya memilih jenama Sony kerana kualiti, saiz dan design yang menarik. Life without music is boring. Antara lagu-lagu yang menjadi pilihan adalah lagu daripada Coldplay, The Chainsmokers, Bruno Mars dan One Republic.





2. Nasal spray
Oleh kerana hidung saya sensitif, maka nasal spray tak boleh tinggal. Kalau tak... hadoi... tak tau macam mana nak cakap. Nasal spray pilihan saya adalah Oxy Nase. Kalau hidung teruk, ubat Clarinase adalah jawabnya okay!






3. Facial Blotter
Tentu tak best kalau muka nampak berkilat semacam. Dengan ini, facial blotter perlu ada di dalam kit. Saya memilih jenama Clean & Clear by Johnson & Johnson. Saya selalu beli yang warna biru sebab yang pink tu mahal sedikit + kurang sheets. Hrmmm...




4. Lip Balm
Argghhh. Tak bestnya kalau tak pakai lip balm. Bukan sahaja bibir nampak kering, malah muka juga nampak tak bermaya. Lipbalm terbaik dan selalu menjadi pilihan saya adalah Nivea. Selain itu, Sebamed juga sesuai untuk saya gunakan.





5. Smartphone
Anyway, smartphone kena sentiasa ada dalam tangan. Main game, amik gambar, taip nota,melukis, dengar lagu, untuk navigation, Google search... all in one. Saya suka smartphone yang menggunakan Android, oleh itu Samsung adalah pilihan saya. FYI - Tak gemar pakai powerbank.





6. Chewing Gum / Gula-Gula
Seriously kena sentiasa ada benda ni. Elak pernafasan yang tak best after food atau in case tiba-tiba batuk atau sakit tekak. Saya suka makan chewing gum jenama Extra dan Wrigley's Doublemint kerana tak mudah hancur apabila dikunyah lama, dan of course harga yang berpatutan dengan kualiti.





7. Cermin mata
Benda ni dulu tak masuk list, tapi kini dah terpaksa masuk dalam list. FYI - Saya tak pakai cermin mata setiap masa, dan hanya akan menggunakannya jika driving (terutama waktu malam atau hujan), masa menghadap PC atau waktu aktiviti yang memerlukannya.





8. Wet Wipes
Kena ada benda ni dan sangat-sangat diperlukan terutama kalau berada di luar negara. Setakat ni saya suka wet wipes jenama Watsons sebab ada saiz yang mini ^^




9. Minyak Yu Yee Cap Limau
Biasa kalau kita travel, badan mudah masuk angin. Lepas tu kengkadang mesti sakit kepala la apa la... Minyak Yu Yee adalah yang terbaik buat saya. Baunya pun menyenangkan dan cepat lega sekiranya perut kembung.




10. Jam Tangan
Tiada jam tangan... rasa cam tak lengkap pula travel. Masa sangat penting. Oleh itu, jam tangan amat diperlukan walaupun dah ada smartphone. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!