Sabtu, 25 Mac 2017

Tanjung Simpang Mengayau - The Tip Of Borneo

Selepas me-riki tempat untuk persediaan next program di Sikuati, kami sempat juga ke Tanjung Simpang Mengayau, Kudat. Ternyata tempat ni dah banyak berubah berbanding dulu. Masa saya kanak-kanak dulu.... jalan nak masuk ke dalam pun tak bertar lagi. Tak ada banyak rumah, malah chalet pun tak ada. 

Sekarang chalet tumbuh seperti cendawan. Ada yang dekat dengan pantai, ada yang dekat dengan Simpang Mengayau. Rata-rata customers adalah Mat Salleh. Pelancong daripada Indonesia juga ada berkunjung ke sini tetapi mereka tidak menginap di chalet. Nak tempah chalet-chalet ini boleh terus ke laman web atau menerusi Agoda.com atau Booking.com

Simpang Mengayau adalah satu tarikan pelancong yang berkunjung ke Sabah. Pantainya indah, malah ada tempat snorkling juga. Kemudahan seperti toilet, WiFi area dan kafe turut disediakan. Apa-apapun waktu tengahari dan petang selalunya matahari terik. Bawalah payung dan air minuman yang mencukupi. 

Oh ya! Kalau anda bertuah, anda boleh menikmati Sunset Music Festival yang akan diadakan di sini pada setiap tahun. Pada tahun 2017, festival ini dijangka akan diadakan pada 8 Julai 2017. Masa festival bermula jam 2PM sehingga 8PM. 

Rasanya pada tahun 2014 sempat tengok kot. 




Inilah kawasan paling atas (tanduk) di peta Sabah dimana ianya titik pertemuan Laut China Selatan dan Laut Sulu.


Turun ke bawah kena tanggung risiko sendiri. Tak digalakkan ya. Tapi tetap nak turun juga.


Berhampiran sini boleh nampak satu rumah api yang terletak di Pulau Kalampunian. 


Corak pada batu-batu ini membuatkan saya teringat kampung halaman ^^
-
-
-
-
-
Selesai sahaja lepak di Simpang Mengayau, kami pun meneruskan perjalanan pulang ke KK. Sempat singgah beli jagung bakar di tepi jalan. Ada jagung pulut dan jagung manis. Saya lebih menyukai jagung manis. ♡

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!