Ahad, 5 Mac 2017

Review : HerbaLine Face Facial

Kepada yang rajin untuk buat facial muka di rumah, thumbs up for that. Dan kepada yang selalu busy atau inginkan lebih dari facial semata-mata, boleh buat kat Herbaline. Walau bagaimanapun, kena buat appointment dulu ya!

Sebenarnya tak lama sangat facial muka ni. Basic treatment hanya memakan masa selama sejam. Lepas tu boleh juga add on nak buat face lifting sekali ke, eyebag treatment, buang kulit mati dan lain-lain. So paling lama pun dalam dua jam sahaja.

Kali ni saya buat relaxing facial sekali ngan rawat muka yang kering, buang kulit mati dan buang mana-mana whitehead dan blackhead yang ada. Saya jenis yang sukakan outdoor activities dan tentunya kulit cepat kering jika tak dijaga dengan betul. Saya juga selalu berada di office dan terdedah dengan penghawa dingin juga boleh mengeringkan kulit. Selain itu, kulit saya sensitif dan tidak boleh menggunakan sebarang produk.

Setakat saya buat facial muka di Herbaline, produk yang digunakan sesuai dengan saya. Lagipun, beautician di sini amat mesra, expert dan cantik-cantik belaka.
Semasa anda mengunjungi HerbaLine, beautician akan meneliti muka anda dan suggest facial jenis apa yang sesuai.

Jangan risau, sesi pembuangan blackhead takkan terasa sakit kerana muka kita akan di steam terlebih dahulu dan disapukan lotion pelembut blackhead. Untuk mengelakkan infection selepas sesi buang blackhead, mesin pembunuh kuman akan digunakan. Kemudian untuk elakkan muka menjadi kemerahan selepas jerawat dipicit, cooling ultrasonic machine akan digunakan. Last sekali, mask muka akan dilekapkan. 

Harga yang ditawarkan di HerbaLine amat berbaloi dengan result. Untuk rawatan muka saya pada kali ini ialah RM100+. Cawangan HerbaLine adalah diseluruh Malaysia, dan untuk area Kot Kinabalu ada di CityMall, Centre Point, Karamunsing, Dongonggon dan Asia City.  

Selepas rawatan muka di HerbaLine. Merah kulit akibat jerawat dipicit tiada lagi. Terasa kulit lebih halus setelah rawatan dibuat. :-)

source

1 ulasan:

Terima kasih!