Sabtu, 25 Mac 2017

JJCM : Restoran Kampung Kelapa - Seafood Sedap di Kudat

Kepada yang berkunjung ke Kudat, ada satu seafood restaurant yang terbaik saya recommend. Restoran Kampung Kelapa yang terletak di Jalan Kemboja di Bandar Kudat. Kenapa saya suka restoran ni? Servis cepat, boleh pilih nak makan tempat aircond atau open air, masakan sedap dan banyak pilihan serta harganya yang berbaloi. 

Tak susah nak cari Restoran Kampung Kelapa. Kepada 1st timer... boleh buka Google Maps.

Restoran ini dibahagikan kepada beberapa bahagian. Open air dan aircond.

Kami pilih aircond sebab hari itu amat panas. 

Menu pilihan adalah udang butter (dry). Medium size.

Isi ikan sweet sour (medium size)

Sup jagung. Makan untuk 5 orang, memang tak habis jawabnya. Banyak.

Sayur manis bawang putih + telur dan sotong telur masin. (Medium size)

Air kelapa sejuk

Tak lupa juga nasi putih. Total makan pada hari itu ialah RM134 sahaja. Murah berbanding makan di KK. Ada lagi masakan yang 'lebih seafood' seperti kahanga (isi siput), serisip, ikan dan ketam. Untuk maklumat lanjut boleh layari Facebook Page Kampung Kelapa, Kudat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!