Sabtu, 18 Mac 2017

Paling Best : Total Clean House

Dua tiga hari ni rasa keadaan rumah tak memuaskan sangat due to sibuk + sakit + kucing pun sakit. Sampai rumah sahaja dah malam. Actually sapu lantai, cuci kain etc juga seperti biasa. Cuma tak puas hati sebab tak dapat lengkapkan semua kerja-kerja rumah sekaligus.

Memandangkan semalam perasaan dah tak dapat ditahan.... jadi saya pun decide untuk buat homeworks. Balik kerja... rehat kejap. Then start. Time tu dah jam 0800PM agaknya. 

Mula-mula.... cantas mana-mana daun pokok bunga yang kelihatan kering. Then tanam anak pokok bunga di pasu lain (banyak anak). Sapu lantai di depan rumah. Lepas tu siram bunga pula. Okay settle bab bunga.

Semua sampah sarap juga dibuang, sambil kain dicuci dalam mesin basuh. Susun cantik-cantik semua perabot, vakum karpet, lap habuk, lap bahagian dalam microwave, mop lantai, cuci tandas, cuci pinggan semua-mua tu la. Sentuhan terakhir, sembur Febreze di sofa, langsir dan katil. 

Apabila rumah dah bersih... udara pun rasa lapang. Lantai nampak bersinar-sinar... Boleh tidur nyenyak. Phew!

P/S - Nak kata saya obses terhadap kebersihan pun tak juga. Sometimes meja saya juga bersepah.Tapi saya suka keadaan yang bersih dan teratur. Dan mungkin kerana saya seorang yang... errr.... agak perfectionist, jadi kalau nak buat kerja biar sesempurna yang mungkin... dan sekaligus. 

Source

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!