Isnin, 20 Mac 2017

Muzium Sabah

Saya masih ingat lagi masa zaman kanak-kanak dulu apabila berkunjung ke Muzium Sabah.... Suasananya berlainan sedikit dengan sekarang. 

Kini Muzium Sabah dah ditambah baik termasuk banyak koleksi baharu yang dipamerkan. Untuk info lanjut, sila layari laman web Muzium Sabah.


Map Muzium Sabah.
Muzium Sabah terdiri daripada beberapa bahagian untuk dilawati iaitu Bangunan Utama Muzium Sabah, Pusat Sains & Teknologi, Galeri Keretapi Borneo Utara, Kampung Kebudayaan dan Muzium Islam. (Walau bagaimanapun, kali ni saya hanya melawat ke Muzium Sabah dan Galeri Keretapi sahaja).

Kepada yang tak pernah datang, atau dah lama tak datang ke sini.... jom la berkunjung sekali lagi. Sure tak rugi. Muzium Sabah merupakan salah satu tempat menarik yang boleh dilawati untuk para pelancong dan jika ingin mengenali Sabah dengan lebih lanjut, di sinilah tempatnya. 

Selamat Datang ke Muzium Sabah

Kat luar ada giant Tekiding (bekas menuai padi). 

Tiket masuk bagi Warganera Malaysia ialah RM2 dan untuk pelancong asing ialah RM15. Muzium Sabah dibuka pada setiap hari bermula jam 0900AM - 0500PM. Anda dibenarkan untuk mengambil gambar tetapi tanpa menggunakan flash. 

Tulang ikan paus




Di sini anda boleh mengetahui sejarah berkenaan tradisi memenggal kepala oleh masyarakat Sabah pada zaman dahulu





Newspaper lama

-
-
-
-
-
-
-
-
-
Galeri Keretapi Borneo Utara baru sahaja dibuka pada 9 Mac 2017. 


Lari!!!




Sekian dan terima kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!