Isnin, 13 Mac 2017

Menjadikan Makanan Korea Sebagai Kesukaan Sekali Lagi

Ada satu tempat makan di Grace Point yang menawarkan pelbagai pilihan masakan Korea. Kimbab (nasi yang digulung dengan seaweed), Jjin-Mandu (steam dumpling) dan Goon-Mandu (fried dumpling) adalah antara favorite saya. But since saya 'termakan' Dolsot Bibimbap (mixed rice)... rasa telur mentah di tengah tu membuatkan saya... errr....

Hari tu pun ada try makan masakan Korea di Seoul Garden. Agaknya tersalah pilih menu kot. Glass noodle tu not bad juga, but minuman teh cinnamon memang tak kena dengan lidah. Cold spinach + kawan saya pesan sup kimchi... hadoiii... lama tak makan masakan Korea lepas tu. 

Sehinggalah satu masa tu saya dan kawan saya sekali lagi berkunjung ke Seoul Garden. Kali ni nak order yang tak 'terlalu Korea' sangat.

Minum air mineral sahaja untuk feeling lebih sihat (sebenarnya tak tau nak minum apa. Nanti salah pilih lagi).

Samgyetang (Sup herba ayam ginseng) dan Yangnyeom (Ayam spicy).

Prawn Bibimbap (no more telur mentah)

Dan... yeay! Sangat berpuas hati dengan makanan yang disediakan. ♡_♡ Nanti boleh makan kat sini lagi.
-
-
-
-
-
-
Cuba tempat lain pula.
DubuYo Urban Korean Food di Imago, Kota Kinabalu

Soondubu Jiage. Rasa sup tu macam ikan masak asam pedas.

Set spicy chicken mixed rice yang dihidang bersama sup tauhu, spinach, kimchii dan pasta. (No more telur mentah!!)

Sekarang dah suka balik makanan Korea. Yeay!