Khamis, 9 Mac 2017

Kualiti Murahan - Bad Role Model

Mohon maaf kalau ayat 'murahan' tu ada membuatkan sesiapa terasa. Bukan ditujukan kepada sembarangan orang...

Biasalah. Dalam Instagram, macam-macam gambar orang upload. Tak apalah. Tu mereka punya suka. Tapi kan...Bila difikirkan kadang rasa meluat juga dengan individu yang suka gain popularity dengan cara murahan. Bangga tunjuk gambar menari dalam kelab dengan pakaian yang macam tak pakai baju, bangga bagitau kahwin ngan suami orang, bajet ala Mat Salleh tapi sebenarnya orang Melayu dan beragama Islam... Okaylah saya bagi contoh. Bercakap pelat Mat Salleh, then tiba-tiba keluar majalah dan diinterview la kononnya. Lepas tu terus jadi popular.

Ntah. Saya tak la berminat sangat dengan dunia glamor ni. Tapi kecewa juga dengan media yang turut membantu menaikkan nama individu yang tak sepatutnya. Yaaa.... tau. Nak sangat jadi celebrity. Tapi kalau dengan bad attitude sebegitu, layakkah diberi penghormatan sampai masuk dalam majalah dan TV?

Ada ramai lagi orang diluar sana yang punya cerita lebih menarik dan boleh beri inspirasi kepada orang ramai. Media memainkan peranan penting. Bagilah tunjuk individu yang boleh jadi good role model. Kenapa nak naikkan nama-nama yang hanya jadi bahan ketawa orang ramai. Kualiti kena tengok juga, bukan hanya nak fikir pasal duit semata-mata. Fikirlah juga kesannya kepada masyarakat.

I hope individu murahan sebegitu tak perlulah nak dibesar-besarkan sangat. Nanti mereka pun mulalah naik kepala dan anggap diri popular.

Asyik-asyik nak kata orang kita suka jatuhkan orang lain. No.... bukan nak jatuhkan. Nak memberi nasihat dan pandangan sahaja. Dan sebagai individu dalam masyarakat, saya pun ada hak untuk bersuara. Setiap pendapat orang adalah berbeza.

Selebihnya terpulang la kepada anda sama ada nak setuju ke tak dengan pendapat saya ni. Tapi saya harap budaya suka membanggakan gaya murahan seperti itu harus dibuang supaya anak-anak muda tak mudah terikut dengan perangai sebegitu.

Bila diviralkan, sepatutnya malulah sikit. Bukannya berbangga diri.

Sekian terima kasih.

source

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!