Ahad, 12 Mac 2017

Free & Easy Trip Kundasang Mac 2017

Hujung minggu kali ni kami ke Kundasang. Saja jalan-jalan untuk mengisi masa lapang dan sambil tenangkan fikiran. HeHeHe...

Kundasang dah banyak berubah. Paling ketara.... sekarang banyak guesthouse. Tempat menarik pun dah bertambah. Tak pernah jemu untuk ke Kundasang. ^^ Oh ya! Saya dan kawan saya ni memang suka explore tempat. So kami pun pergi ke mana sahaja yang boleh dilawati. Ntah pelosok mana kami masuk. ♡

Antara tempat yang kami pergi adalah:

1. Arnab Village Ranau

First tempat yang dilawati adalah Arnab Village Ranau. Gembira tengok arnab-arnab yang comel ni ♡♡♡. Ada yang warna calico, ada warna putih, ada warna hitam etc. Apa-apapun, dilarang menyakiti arnab dan sayangilah mereka sepenuh hati. Nak tahu lebih lanjut mengenai Arnab Village Ranau, boleh baca post saya sebelum ni.

2. Crystal Hill

Sesiapa yang datang ke Kundasang kena melawat tempat ni, Crystal Hill. 

Dari Crystal Hill anda boleh melihat kecantikan pekan Kundasang. Angin sepoi bahasa dan rumput yang menghijau. Aktiviti utama di sini ialah hiking. Dan di sini juga menyediakan resthouse yang selesa.

3. Kiram's Village Cabins

Salah satu tempat cantik untuk stay adalah Kiram's Village Cabins. (Facebook page Kiram's Village Cabins)Ada juga guesthouse lain yang menjadi pilihan iaitu Alpine D'Bayu yang terletak bersebelahan dengan Kiram's Village Cabin.

4. Mesilau Nature Resort (TUTUP)

Ingat nak pergi Mesilau Nature Resort tapi tutup la pula. Walau bagaimanapun, pemandangan semasa on the way ke sini begitu cantik. Sempat stop tengah jalan dan amik gambar ni. Tengok pokok pine tu. Sangat cantik.

Baca blog saya yang mengenai Mesilau Nature Resort (tahun 2010).

5. H. Benjamin Residence
Saja nak tengok H. Benjamin Residence Mount Kinabalu kerana ramai orang cakap guesthouse ni cantik. Tertelak tak jauh dari tempat main golf di Kundasang tu. Nak amik gambar banyak-banyak tapi cuaca masa tu hujan. So tak sempat sangat.

6. Strawberry Farm Mesilau

Kena masuk jalan kampung baru akan jumpa strawberry farm ni. (Tak apa,,, ada signboard). Cantik tempat ni tapi kami tak masuk ke dalam kerana cuaca kurang baik. Sempat amik gambar pun cukuplah.

7. Kopi Valley

(Bukan kereta saya)


Kalau nak bermalam tempat yang comel-comel, boleh pergi ke Kopi Valley. Jalan masuk ke dalam ada sempit sedikit... tapi once dah masuk boleh tengok keindahan tempat ni. Setiap rumah mempunyai tema masing-masing seperti anime, British dan lain-lain. Untuk maklumat lanjut boleh layari Facebook Kopi Valley.


Ada lagi resthouse lain berhampiran sini seperti Sulap, Little Hut etc.

8. Dreamworld Resort

Sebelum ke Desa Cattle, sempat singgah ke Dreamworld Resort di Kundasang


9. Desa Dairy Farm, Kundasang




Must go! Desa Dairy Farm Kundasang. Untuk masuk ke sini ada dikenakan bayaran masuk, tapi still berbaloi untuk tengok pemandangan yang superb. Nak buat photoshoot pun cantik kat sini ni! Di Desa Dairy Farm, anda juga boleh membeli fresh milk, sosej, waffle, pizza dan gelato di kaunter yang available di sini. Anda juga boleh tengok proses pemerahan susu lembu secara live di sini. ^^

Baca blog saya mengenai Desa Dairy Farm (Tahun 2013).

10. Kinabalu National Park

Route lama ke Gunung Kinabalu

Ni pula route baharu


Ni la tempat last kami singgah sebelum balik ke Kota Kinabalu. Kalau dulu boleh masuk lagi ke gate Timpohon tu dan boleh menikmati keindahan air terjun gunung yang indah dan sejuk. Sekarang dah tak boleh dah. Huhuhu..... Tak apalah. Masuk ke National Park ada fee sebanyak RM3 setiap seorang. Jika berkesempatan, boleh try hiking di trail yang disediakan. 

Baca blog saya mengenai Kinabalu National Park (tahun 2014).

Nak tahu senarai resort / guesthouse / chalet di Kundasang... bole buka link ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!