Khamis, 30 Mac 2017

Balung Java Tea

Teringin nak rasa teh Balung. Apa yang membuatkan saya tertarik dengan teh keluaran Balung ni adalah packaging nya yang menarik serta dijual dengan harga yang berpatutan.  

Sebenarnya ada beberapa jenis teh yang boleh menjadi pilihan seperti Lemon Grass (Serai), Java Tea (Misai Kucing) dan Agarwood. Harga untuk teh dalam paket 25gram ialah RM4.99 sahaja dan ada dijual di pasaraya seperti Giant. Mula-mula tak tau nak cuba teh mana satu tapi akhirnya saya memilih teh misai kucing sebab dulu ada tanam pokok misai kucing di belakang rumah.Oh ya! Pokok Misai Kucing adalah sejenis tumbuhan herba dan boleh merawat penyakit buah pinggang, alahan, darah tinggi dan radang. Untuk maklumat lanjut boleh buka link ni.

Sebagai penggemar teh, saya suka mencuba pelbagai jenis teh. Biasanya saya tak letak gula untuk mengekalkan rasa original. Sebenarnya teh Misai Kucing ni enak, cuma mungkin terlalu wangi buat saya. Lepas minum terus badan rasa selesa. 

Walau bagaimanapun, rasa teh Balung begitu segar dan boleh menghilangkan mengantuk. Rasanya sangat authentic dan unik. 

Ceylon tea tetap my favorite

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!