Sabtu, 11 Mac 2017

Arnab Village, Ranau

Siapa ke Kundasang atau Ranau kena datang ke Arnab Village Ranau, tarikan terbaharu di sini yang pasti menghiburkan. ♡♡♡

Tempat ni terletak jauh sedikit dari pekan Kundasang (dari pekan tu kena jalan ke depan lagi sekitar 15 minit menghala ke Ranau, masuk simpang kanan yang ada signboard Arnab Village). Jalan selepas masuk simpang tu tak berapa rata sangat sebab jalan kampung, oleh itu... lebih baik bawa kereta yang tinggi sikit. 

Apabila dah sampai di Arnab Village, Ranau... jangan lupa untuk ke kaunter reception untuk beli tiket. Harga dewasa RM3 untuk warganegara Malaysia dan RM5 untuk Non Malaysian. Tiket kanak-kanak pula beharga RM2. Tips ke sini... syok datang waktu pagi (dalam jam 10 macam tu) supaya tak terlalu ramai orang. Untuk lagi menarik, jangan lupa beli makanan arnab yang available di kaunter (RM1 sebungkus). Arnab di sini suka makan dan sesiapa ada makanan mesti akan diserbu.

Selepas waktu hujan, tanah akan menjadi licin. Kena pakai kasut yang sesuai. Dan pakaian kalau boleh jangan warna terang sangat sebab arnab kat sini agresif. Suka naik atas badan (Sesiapa ada bawa makanan confirm kena serbu). Hehehe.

Arnab di sini ada pelbagai baka.

Dah start kena serbu dah. Ni belum banyak lagi yang datang. Baru warming up.

Semua nak  minta makan dan perhatian. Gigi mereka ni boleh tahan juga tajam.  Hahaha.

Punyalah seronok bagi makan kat arnab.


Semua nak minta kena angkat

Me and Khai. Tengok arnab warna putih tu apa dia buat.


Arnab... arnab... dan arnab...!

Dwarf rabbit. Yang ni istimewa sikit kerana telinganya comel.

Tempat ni penuh dengan arnab. Waktu ni Arnab Village Ranau dalam proses penambahbaikan. Pokok-pokok dah start ditanam, dan tempat hamster pun tengah dibina juga.

Arnab Village Ranau juga menyediakan booth yang menjual cenderamata seperti mug dan T-Shirt, gerai makanan dan minuman, kemudahan tandas dan Homestay. Untuk maklumat lanjut boleh layari Facebook Arnab Village Ranau.

Saya teringin untuk pergi tempat ni sekali lagi. Memang best dapat main ngab arnab. Dahlah semua cute, lepas tu punyalah manja. Arnab Village Ranau terbaik!

P/S - Pemilik Arnab Village adalah alumni daripada UMS.
P/S lagi - Teringat kat Shing-Shing si Arnab ^^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!