Selasa, 21 Februari 2017

Tips & Trip to Hong Kong 2017 - Part 4

Last day in Hong Kong. Flight jam 0805PM. Lama lagi. Apa nak buat ni?

Ada banyak benda yang boleh dibuat untuk memenuhi hari terakhir anda di Hong Kong. 

Oleh kerana masa check out hotel adalah pada jam 1200PM, maka sebelum tu banyak lagi benda yang boleh dibuat. Kalau tinggal di sekitar Tsim Sha Tsui ni... boleh pergi melawat Masjid Tsim Sha Tsui, pergi ke muzium atau taman berdekatan. Tak pun pergi cuci mata tengok kedai-kedai di sekitar bangunan. Unfortunately, kami tak sempat nak buat semua tu sebab leka bercerita. Hahaha. Sekali tengok dah jam 10AM. Baik check out terus.

Kalau nak jimat tambang ke airport dan tak terkejar-kejar flight, the best way adalah dengan menaiki MTR dan stop di stesen Tung Chung. Lepas tu di stesen bas Tung Chung, anda boleh menaiki bas nombor S56 atau S1 (turun di airport). Tambang HKD3.50 sahaja. Berbanding airport express daripada Tsing Yi adalah HKD60. 

Jadi kami pun stop kat Tung Chung dan menikmati sekali lagi SALE di CityGate Outlet. Sebelum tu... simpan dulu luggage di locker service yang terletak di Basement. 

Tak dinafikan memang barangan di CityGate Outlet memang murah. Contohnya moisturizer Vitamin E The Bodyshop kalau kat Malaysia... harga satu unit RM100+. Kat sana dua unit sekali gus hanya HKD139 (lebih kurang RM80). Satu lagi contoh iaitu beg North Face tu kalau ikut harga dalam RM500. Tapi kat outlet ni boleh dapat harga HKD480 (lebih kurang RM275) sahaja. Oh ya. Satu lagi example adalh seluar Levis RM300... buy 1 free 1. Not bad.

Rambang mata oooo.... Walaubagaimanapun, kena teliti juga tengok harga kerana some barangan dijual lebih murah di outlet Malaysia. Contohnya suade shoes Timberland tu saya beli kat Mitsui hanya RM299 sahaja. Kat CityGate outlet dijual harga RM600.

Ada pelbagai barangan dijual di CityGate dan antara kedai yang laku kat sana adalah Coach, MK dan Kate Spade (orang sanggup berbaris untuk beli). 



Dah keboringan di CityGate Outlet tu, kami pun beredar. Bas kat sana jenis double decker. Dan... laju pula tu. Dari Tung Chung ke airport tak jauh. Hanya mengambil masa selama 10 minit sahaja. 

Selebihnya lepak kat dalam terminal.

Untuk penerbangan Air Asia biasanya di diletakkan di Terminal 2. Makanan yang ada logo halal? Hanya available di Terminal 1 iaitu Popeye Fastfood Restaurant. Tu pun restricted area. Dah masuk depature gate baru lepas ke sana. So... the best choice is having Subway di Terminal 2. Tapi punyalah sedih sebab kebetulan Subway di airport hari tu tak ada sos sweet onion (my favorite is Vege Delite with sweet onion sauce + no tomato please). Nak minum panas pun... Pacific Coffee is available in the airport.

Oh ya. Kalau termiss beli barangan cendermata Disneyland, jangan risau. Di airport pun ada juga. FYI - Dalam airport tu sejuk gila. 

Dah masuk ke departure hall, kena naik train lagi untuk sampai ke departure gate yang dimaksudkan. Keselamatan imegresen HK sangat ketat dan misalnya la kan... passport anda gambar tak pakai tudung, dan pada hari itu anda pula pakai tudung... memang kena soal macam-macam la untuk memastikan itu adalah anda dan bukannya menyamar. Jika membawa beg handcarry, pastikan tak ada bahan terlarang didalamnya. Barangan liquid lebih daripada 100ml, benda tajam seperti peralatan mencukur kening semua tu akan dirampas. 

Boring menunggu di gate? Perkhidmatan internet free disediakan beserta desktop Mac yang canggih. Plus... kiosk Pacific Coffee atau Starbucks juga available. The rest yang boleh dibuat, last minute shopping di kedai-kedai duty free, kedai baju, elektronik dan barangan cenderamata. 

Last option... tidur dulu.

(Ini bukan bintang. Ni cahaya lampu kapal-kapal besar)

Malangnya flight delay akibat hujan lebat. So terbang jam 0900PM akhirnya. Masa naik tu menakutkan jugalah. Yalah. Tiap kali travel... benda yang paling tak best bagi saya ialah awan tebal. Bila tengok kapal tu main redah awan sahaja... gerun jugalah. 

Tapi saya tak pernah tengok pemandangan yang paling cantik di waktu malam. Bukan cahaya lampu... tetapi sinaran bintang. Selalunya kita kena dongakkan kepala ke atas untuk tengok bintang. But last night masa dalam flight, rasa kapal tu satu taraf dengan ketinggian bintang pun ada. Tengok luar tingkap, banyaknya bintang bertaburan. Sangat cantik. Tak tau macam mana nak cakap. Macam dah tinggi sangat kami terbang tu. Saya ada try juga amik gambar tapi tak lawa sangat. 

Ni gambar bintang (edited bagi jelas). Tak nampak sangat.

-End of Part 4-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!