Ahad, 19 Februari 2017

Tips & Trip to Hong Kong 2017 - Part 2

Okay. Day two in Hong Kong. 

Kali ni destinasi ke The Peak Hong Kong dan sekitarnya. Dalam bangunan The Peak HK tu macam-macam ada termasuk Madame Tussauds (tempat patung-patung selebriti tu). Sebenarnya dah pernah pergi ke Madame Tussauds HK sebelum ni tapi kawan tak pernah sampai lagi.... so okay. Maybe ada benda baharu kot?

Dari Tsim Sha Tsui nak ke The Peak senang sahaja. Boleh ambil MTR ke Central atau Admiralty. Lepas tu jalan kaki dalam 5 minit dan... dah sampai ke The Peak Tram (keretapi yang bawa ke bangunan The Peak HK).

(The Peak Tram)
Kalau nak ke Madame Tussauds, salah satu kaedah yang termudah adalah dengan menaiki The Peak Tram. Sebelum travel ke Hong Kong, login Website Madame Tussauds Hong Kong dan purchase tiket via online. Boleh pilih nak tiket mana satu, sama ada 3 in 1 combo ke... 2 in 1 combo ke etc. Lagipun tiket online lebih murah berbanding walk in. Saya beli tiket 3 in 1 combo iaitu termasuk The Peak Tram return pass, Madame Tussauds dan Sky Terrace 428. Claim ticket di kaunter khas Madame Tussauds HK yang dibuka pada jam 0930AM. Perlu perhatian, setiap hari ramai pelancong nak ke The Peak, terutama weekends. Jadi kena sampai awal... kalau tak, perlu berbaris panjang. 

(Bangunan The Peak : Madame Tussauds)
Former President of China, Hu Jintao

Yayoi Kusama (Japanese artist & writer). Tarikan baharu di Madame Tussauds Hong Kong.

Johnny Depp

Brad Pitt

Dipisahkan dengan Angelina Jolie

Queen Elizabeth

Ethan Ruan

Lee Jong Suk

Michael Jackson

Michelle Yeoh

Kalu diikutkan... Madame Tussauds tak banyak berubah berbanding tahun lepas. Cuma tambah satu dua patung baharu... dan patung Brad Pitt dan Angelina Jolie dah dipisahkan. Oh nooo...


(Sky Terrace 428)



Sangat sejuk okay!

(Muzium 3D)

Muzium 3D dah ada di The Peak HK. Masuk percuma dan kalau nak amik gambar guna official photographer, perlu bayar dengan jumlah yang dimaklumkan.

(Makanan halal di The Peak?)
Setakat ni susah nak jumpa makanan yang ada tanda halal di The Peak. Kami minum Pacific Coffee sahajalah untuk alas perut. (Sama macam Starbucks).

Turun balik dari The Peak

(Zoological and Botanical Garden)
Tengok pokok maple tu!


Taman orkid

Hajat nak naik Tram O Matic (tour naik tram sekitar Hong Kong) tapi punyalah ramai orang berbaris nak naik juga. Tempat menunggu Tram O Matic tu sebelah kaunter Peak Tram sahaja. Lastly tak jadi dan hanya berjalan kaki ke taman botanikal HK. Tempat yang mendamaikan. Cantik dan ramai orang beriadah. Free admission. Siapa yang sukakan alam semulajadi, anda perlu ke taman botanikal ni. Sangat cantik!

(Nak balik ke MTR Central)
Dari The Peak Garden ke Central kena lalu sini

(Nan Lian Garden)




Untuk ke Nan Lian dan Chi Lin Nunnery, perlu menaiki MTR dari Central ke Diamond Hills. Dah sampai ke MTR Diamond Hills, perlu jalan kaki dalam masa 5 minit untuk sampai ke Nan Lian.

Tak sempat nak ke Chi Lin Nunnery yang terletak di sebelah Nan Lian sahaja sebab kawan dah sakit kaki. Haha. Nan Lian memang cantik. Di sini adalah tempat suci, jadi tak boleh nak buat sesuka hati termasuk buang sampah atau naikkan kaki ke kerusi dan sebagainya.

(Makanan halal di Tsim Sha Tsui)
Ada banyak restoran yang menyediakan makanan halal di Tsim Sha Tsui. Kalau tak tau nak cari kat mana, boleh check Google Maps atau cari bunting yang terpampang di tepi-tepi jalan.
Ini masakan Turki, Lamb doner. HKD88

End of Part 2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!