Jumaat, 10 Februari 2017

Susu Segar Eco Yap kini dengan Sijil HALAL

Buat penggemar susu segar, anda boleh mencuba Eco Yap Fresh Milk, satu lagi produk tempatan Sabah yang kini semakim dikenali ramai.

Apa yang best berkenaan susu segar Eco Yap ini ialah rasanya yang tak berapa lemak sangat berbanding brand yang lain, lebih tahan lama, harga yang lebih berpatutan dan packaging yang user friendly (ada penutup, kalau tak habis minum boleh simpan dalam peti sejuk balik). Yang paling penting, susu segar Eco Yap kini telah mendapat pengesahan sijil halal Malaysia, oleh itu tak perlu rasa ragu-ragu untuk membeli susu segar ini 

Saya memang memilih jenama Eco Yap dan tiap kali ke kedai, pasti akan cari jenama ni. Susu segar Eco Yap adalah produk keluaran Sabah, oleh itu ada dijual di kedai seperti Pick & Pay, Giant dan Tong Hing Supermarket. 

Oh ya! Dah pernah pergi ke Signal Hill Eco Farm? Di sana ada menjual yogurt buatan sendiri dan menggunakan susu segar Eco Yap sebagai bahan mentahnya. Cubalah rasa yogurt tu. Pasti nak try lagi.

Cuba perhatikan corak lembu pada logo tu. Guess what? ^^

Yang ni saiz 500ml. Juga dijual dalam saiz 1 liter. Harga lebih berbaloi dan rasanya juga lebih fresh dan tak begitu lemak.

Sijil halal Malaysia. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!