Sabtu, 4 Februari 2017

Sambut Hari Special a.k.a Bukan Birthday

Tahniah untuk kawan saya sorang ni. Tahniah kerana dengan kesungguhan kerja selama beberapa tahun ini, dia twlah dinaikkan pangkat. Weweeweeeeee. Jadi dengan rasa seronoknya kami pun menyambut keriangan ini di UpperStar 1Borneo. 

Sambutan kecil-kecilan sahaja tetapi tetap bermakna. ^^ Walaupun kami berempat ni berlainan jabatan, tapi ia bukanlah satu halangan. Lagipun semuanya pun satu bangunan juga. Senang nak keep in touch.

Mungkin tak banyak cerita disiarkan mengenai orang yang kerja pejabat ni. Maksud saya.... bagaimana cabaran yang dialami individu seperti kami. Rata-rata cerita yang dikeluarkan biasanya mengenai kakitangan perubatan, pendidikan atau pertanian. 

Memang nampak kami ni duduk dalam office sahaja. Tapi sebenarnya otak yang penat. Tak semua datang kerja jam 8AM dan balik jam 5PM. Malah ada yang perlu bekerja Sabtu dan Ahad. Kebanyakan orang yang kerja pejabat juga multitasking dan multiskilling. Terutama yang kerja di universiti. :-)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!