Sabtu, 25 Februari 2017

Pengalaman Mistik / Nampak Hantu - Part 10

Sebenarnya banyak kali dah terserempak dengan benda mistik ni tapi tak la sampai ke tahap extreme. (Mata mudah nampak kot?). Okaylah. Saya cerita pengalaman yang saya pernah lalui. Sekadar berkongsi...

Kelibat Putih

Asal hantu, mesti dikaitkan dengan kelibat putih. Okay... ceritanya macam ni. Masa tu di office nak pergi turun kuliah. Jadi... saya dan dua orang lagi kawan ni tengah tunggu lift. Masa tunggu lift, tiba-tiba ada benda lalu kat area ruang bilik mesyuarat utama. Time tu dah tau dah, mesti ada 'something' ni. Yang kawan saya sorang ni memang mata mudah nampak (saya pernah cerita sebelum ni). Rupanya dia pun nampak benda yang sama juga. Tapi kami dah biasa, jadi buat tak tau saja.

Cerita kedua pula... berlaku baru-baru ni. Saya, Hafiz dan sorang kawan saya ni tengah duduk di dalam office. Bercerita sakan. Time tu dah jam 7PM. Kejap lagi nak balik. Tengah ceta punya ceta, zapp. Tiba-tiba ada benda putih lalu di tepi tingkap. Tapi saya diamkan saja. Nanti menakutkan semua orang pula. FYI - Kalau dah nampak benda-benda tak best lalu lalang di office pada waktu macam tu, baik balik. Tu tandanya kena get out from there.

Perempuan Berbaju Putih
Sekarang saya dah pindah office ke tingkat lain (tapi still bangunan sama). Kejadian ni berlaku kira-kira dua minggu selepas saya pindah. Kat tepi tandas wanita ada satu kerusi pejabat rosak dan lama. Means... asal masuk tandas mesti akan lalu tepi kerusi tu. Suatu hari, saya masuk tandas dan tiba-tiba rasa lain macam. Rasa ada perempuan duduk di kerusi tu. Actually saya tak nampak real pun sebenarnya. Tapi... macam mana nak explain ya. Dalam mata terbayang seperti ada orang duduk. Kelibat perempuan, bertubuh kecil dan berbaju putih. Rambut panjang sampai pinggang. Muka tak nampak sebab ditutupi rambut. 


Selang seminggu lepas tu, kami nak pergi powerwalk. Sebelum tu sembang dulu. Ntah macam mana boleh sampai cerita hantu, tiba-tiba ada sorang staff cerita yang dia pernah nampak kat kerusi buruk tu ada 'someone' duduk. Punyalah saya terkejut bila dengar dia kata cam tu. Katanya 'someone' tu seorang perempuan. Berambut panjang, berbaju putih dan berbadan kecil. Masa tu... saya terkejut sebab sama seperti dalam bayangan saya. Staff tu kata kadang-kadang benda tu ada di sana, kadang tak ada.

Nak dipanjangkan ceta, cerita ni berlaku kelmarin pula. Kawan saya (di office aras lain) bagitau ada suatu hari tu dia nampak seseorang tengah tunggu lif. Badan kecil, rambut panjang sampai pinggang, pakai baju putih dan muka macam orang cina. Masa kawan saya nak buka pintu office, tiba-tiba dia nampak perempuan tu masuk dalam lift. Yang hairannya lift tu tak terbuka lagi. Kawan saya tu tak percaya dengan apa dia nampak dan tanya security yang berkawal kat sana. Security tu kata dari tadi tak ada sesiapa pun di sana. Saya dengar cerita tu jadi seram pula.

Lembaga Hitam
Ni berlaku masa hujung tahun, time exam weeks. Kami bertiga tengah study dalam library. Tiba-tiba kawan saya (yang saya cerita mata dia nampak hantu tu) tertinggal dompet la pula. Masa tu dah jam 830PM. Dia kata dia nak pergi amik dompet dulu. Jam dah jam 9PM, apasal kawan saya tak kunjung tiba lagi. Padahal dari library ke office, 5 minit pun dah sampai.


Akhirnya kawan saya sampai juga. Dia pun cerita kat kami.

Masa dia masuk dalam office... dia nampak banyak 'benda'. Ada benda hitam tengah duduk atas sofa... Selain tu, ada banyak cahaya mata di dalam bilik mesyuarat. Then ada benda berbentuk serangga berterbangan di seluruh office. Naik seram jadinya. Dahlah mata dia jenis nampak. Dia pun berkurung dalam bilik... memikirkan bagaimana nak keluar. Lastly dia keluar juga. Buat-buat cam tak nampak.

Saya kata kat kawan saya, rasanya macam pernah nampak benda hitam yang dimaksudkan. Bukan nampak nyata... tapi... lebih kepada bayangan. Then saya pun sketch rupa benda tu. Badan besar, hitam dan berbulu. Punyalah saya terkejut bila kawan saya kata rupa benda tu macam dalam sketch yang saya  lukis.

Sampai sini sahajalah dulu cerita saya. Terpulang nak caya atau tak. Saya kongsi saja.

1 ulasan:

  1. Mata yang selalu nampak biasanya mempunyai orang yang mempunyai pendamping secara sedar atau tidak

    BalasPadam

Terima kasih!