Khamis, 16 Februari 2017

Mendaki UMS Peak

Yeaaaa! Akhirnya berjaya juga kami mendaki UMS Peak setelah sekian lama berkhidmat di UMS. Mesti juga kena naik walau sekali.

Ni la first time saya mendaki tempat ni (selalu on the way ke laut saja...), punyalah happy. Keseluruhan perjalanan pulang balik + bergambar-gambar mengambil masa selama sejam sahaja. Sebenarnya aktiviti ini dibuat sempena Power Walk with Pendaftar yang diadakan tiap minggu. Kali ni ke UMS Peak pula. 

Banyak manfaat mendaki UMS Peak ni. Satu... dapat tengok pemandangan yang indah. Dua... dapat mengeluarkan peluh. Tiga... puas hati dapat mendaki. 
Tengok Mt. Kinabalu di belakang. Walaupun calar tapi tetap megah berdiri.


With colleauges.

Sunset view yang cantik dari UMS Peak.
-
-
-
-
Lepas sahaja selesai mendaki, saya pun straight to the point ke jeti untuk tengok aktiviti bakar ikan oleh Prof and the geng. Sambil la melihat matahari terbenam. Memang cantik sangat.

Suasana senja di jeti