Selasa, 28 Februari 2017

Less Selfies, More Travels

Yerpp! Akhirnya saya delete most of my selfies yang ntah apa-apa(excluding wefie dan selfie untuk tujuan iklan) dalam my Instagram, Facebook and even my blog. Yalah.... dah tua-tua ni... tak sesuai. Umur dah nak masuk three series. Lagipun macam tak best pula. #feelingnarcisisticpunada. (Jangan salah faham. Pandangan terhadap diri saja). 

Less selfies, more travels.
Daripada banyak selfie (yang feeling self promo + minta perhatian + minta dipuji + memenuhkan storage. Kini baru sedar... Darn!)... lebih baik letak gambar pergi melancong atau gambar lain yang lebih berfaedah... contohnya alam semulajadi, sunset view, gambar miaw, makanan yang sedap, gambar iklan jawatan kosong, gambar planet etc... Share gambar ngan kawan-kawan. Sharing is caring.

MORE TRAVELS. Yesss.... dalam kepala otak dah ada plan. But since semester baharu dah start..  jadi kena tengok jadual kuliah dengan teliti. Silap haribulan dah beli tiket, tiba-tiba time tu la pula mid term bagai.

Sebenarnya bulan April ni pun ada plan dan dah siap atur segala benda. More to leisure trip memandangkan senior citizen dan kanak-kanak termasuk dalam list.

Untuk special dan ganas sikit punya trip, InShaaAllah this coming August... kalau tak ada apa-apa halangan. Since my protfolio kerja pun totally berubah dan banyak fokus on office site, senang sikit nak atur la. However, kena check juga jadual kuliah. July -August adalah dimana short term bermula dan not sure untuk part timer seperti kami ni ada kena offer subjek atau tak. Kalau tak ada... perhaps one or two countries la saya akan jelajah. Kalau short semester pun kami kena amik juga, means tak ada harapan la bulan Ogos tu.

Why August? Because ticket flight murah. Start dari September dah mula naik harga. Hampeh betul -_-

Sebenarnya hobi melancong ni tak la extreme. Bagi saya... ada rezeki, jalan. Terima gaji, simpan sikit duit untuk travel, study dan emergency. Kerja kerajaan tak menjamin untuk jadi kaya. Mana nak bayar rumah, kereta dan bil lagi... Tapi kalau pandai urus duit, InShaaAllah semuanya okay. Syukur jugalah selama ni tak pernah buat pinjaman PTPTN. Lagipun yuran pengajian di UiTM dulu murah. Baru dalam RM500 untuk satu semester. My dad masa tu boleh support lagi la. Tapi kerana tiada PTPTN, belanja bulanan pun kena berjimat jugalah. Tapi dengan ketiadaan saya buat pinjaman ni la, tak ada isu blacklist ke luar negara.

Style saya melancong maybe tak sama dengan orang lain. Ada orang tiap kali pergi berjalan mesti kena shopping. Terutama kalau negara yang jual barang murah. Tapi bagi saya... saya lebih suka melawat ke tempat menarik seperti kawasan bersejarah, taman, merasa makanan enak (dan halal), tengok festival dan lain-lain. Tipulah kalau kata tak shopping souvenir langsung. Beli tetap beli but limited quantity. Untuk travel empat hari, surely my luggage kecil tu memang muat. Bawa yang perlu sahaja. Dan tak perlu masuk dalam kargo pun.

Time melancong tu memang ada selfie punyalah. Yalah. Kadang selfie dekat sculpture pelik la, bunga cantik la apa la. Nak publish dalam media pun, ensure yang tak terlalu #feelingnarcisistic la kan. HeHeHe...

Rasanya yang paling banyak saya post gambar melancong... dalam blog saya kot. Sebab nak add on info menarik + tips. Instagram dan Facebook kadang satu atau dua gambar saja. Ntah... maybe umur pun dah makin tua, keterujaan pun makin kurang.

Okay. 0215AM... goodnight.

P/S - Kalau ada peluang ke Hong Kong lagi, sure saya akan pergi lagi. Even travel alone pun still wanna go juga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!