Rabu, 1 Februari 2017

JJCM : Borenos Fried Chicken, Asia City, Kota Kinabalu

Misi jalan-jalan cari makan di sekitar KK diteruskan lagi.

Oh ya! Dah try ke Borenos Fried Chicken? Another local product of Sabah. Restoran ni menyediakan hidangan ayam goreng, burger (must try charcoal bun chicken burger), bun and cream soup dan macam-macam lagi.

Saya suka makan ayam goreng di sini kerana ianya rangup dan berperisa. Mashed potato juga lebih sedap dan ada rasa macam perencah Maggi ayam sikit, dan restoran ini menghidangkan ayam seawal jam 10 pagi (bukan start jam 11am). Borenos Fried Chicken tutup jam 1030PM tapi hari tu nampak notis di Asia City kata extend sampai jam 2AM. 

Borenos Fried Chicken kini ada dua cawangan, satu di Asia City dan satu lagi di Centre Point. Harganya juga not bad, sekali makan untuk dua orang dalam RM28 (set ayam, minuman dan soup + bun).

Jadi siapa yang tak try lagi Borenos Fried Chicken, bolehlah ke mana-mana cawangan restoran ini. Rasai kerangupan dan kelazatan ayam goreng di sini!

Order dulu then bila makanan dah ready nak amik, this thing akan vibrate.

Borenos Fried Chicken cawangan Asia City, belakang Hotel Hilton.

Nice interior! Lebih exclusive dan nampak bersih

Pagi-pagi saya minum hot tea (without sugar) dan Hafiz minum coffee

Lepas ni sure nak makan di sini lagi!

Just Relax Bah!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Updated 13/3/2017. Makan kat Borenos Fried Chicken cawangan Centre Point. Presentation ada berbeza sedikit dari cawangan Asia City, walau bagaimanapun rasa tetap sama. Terbaik!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!