Isnin, 6 Februari 2017

Jangan Tertipu dengan Si Penangis

Duhhhh!!! Sikit-sikit nak menangis. Baru kena tegur sikit dah mengadu sambil menangis. Baru kena marah sikit... dah menangis teresak-esak. Baru kena tanya soalan sikit, dah stress masuk bilik sambil berjujai air mata. Nak kata masih budak-budak, umur dah tua. Nasib baik belum bangka lagi.

Haaa..... jangan tertipu dengan air mata yang mengalir tu. Silap-silap bukan emosi 100% pun, tapi saja nak trick minta kesian kat orang. Ramai yang berjaya tau! Wanita khususnya. Orang lelaki mudah cair bila terjumpa perempuan sikit-sikit menangis ni. Mari saya bagi satu contoh : KERJA. Perempuan ni selalu stress dengan kerja. Banyak sangat kerja (konon) dan tak boleh nak buat semuanya. Mana lagi terkena rakan-rakan sekerja yang not supported (konon). Lepas tu perempuan ni pun berjumpa la dengan bos sambil mengadu domba. Air mata berjujuran... berlinangan. Maka akhirnya boss pun setuju bagi kerja dia punyalah sikit. Satu kerja saja? Punyalah si perempuan tu happy. Kerja lain semua orang lain tolong buatkan. Contoh saja. Jangan pula lepas ni ada yang dok baca dan sampaikan cerita yang bukan-bukan. Ya? Ya? Ya?

Dah biasa situasi macam ni. Kadang-kadang tak senang dengan spesis yang suka menangis tak tentu pasal ni. Ingat orang lain tak stress ke dengab kerja? Ada orang yang lagi teruk tapi salute sebab still tabah mengharungi cabaran. Tak ada la... errr.... nak mengadu sambil air mata bertakung. Ya? Ya? Ya?

Kamon la... bukan nak paksa orang jangan menangis. Nak menangis tu boleh, tapi kalau benda yang sikit pun dah nak buat perangai... alahaaiiii... kin menyampah. Apa bends yang sikit tu? Contohnya kawan sekerja tegur. Aiyoooo.... makcik... belum lagi kalau terkena boss yang cerewet menegur? Silap-silap esok cuti sakit kot?

Sudah-sudahlah menangis tu ya. Salah sendiri juga. Sekian dan terima kasih. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!