Sabtu, 11 Februari 2017

Celebrating New Pukat and Exam Result

Ni kira celebration sempena berjaya tangkap ikan guna jala baharu + keputusan exam yang memberangsangkan. Jadi.... tahniah diucapkan di atas kejayaan ini. HeHe... 

Tak... sebenarnya begini. Kebetulan saya dan Khai ni kelaparan. Kami pun ajak la sekali Hazwani & Illani makan di luar sebelum balik rumah. Dah lama tak lepak sesama. Tiba-tiba pula Prof bawa makan di Alamesra. Apa lagi... terui ke sana la. Tak jauh pun dari office. 5 minit perjalanan kot.

Me and my twin, Khai. Rasa macam kat kelab dangdut pula sebab lampu warna warni. Haha. Jangan marah ya.

Meriah suasana. Sambil makan satay kambing (pembuka selera) dan minum jus epal hijau gelas besar. Hanya di Tiara TomYam.

Serius benar menunggu ikan sampai. 

Sebenarnya mereka dapat tangkap ikan kat ODEC. Try pukat baharu la katakan. So suruh chef cook masak steam lemon ala Thailand. Punya sedap ikan tu. Ada dalam tiga ekor besar 2/3 kertas A4 kot. Tak sempat nak amik gambar.

Petang tu saya ada program Power Walk dengan Pendaftar. Berjalan kaki dari Bangunan Canselori terus ke jeti UMS. Dengan angin yang bertiup lagi... syok betul berjalan kaki ramai-ramai. Tiap minggu buat macam ni. Memang best la. Tu yang lepas power walk terus rasa lapar terus.

Foto credit.

Foto credit

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!