Rabu, 15 Februari 2017

Bagaimana nak Ubah Tarikh Entri Blogspot?

Kita boleh ubah tarikh entri blog kita. Contohnya tarikh pada hari itu ialah 15 Januari 2017, dan kita nak entri kita dipublishkan lebih awal contohnya 13 Januari 2017... sebenarnya kita boleh set tarikh secara manual mengikut tarikh yang kita nakkan tadi.

Bagaimana nak buat? Jika anda pengguna blogspot, begini caranya:

Lihat ruangan tepi kanan catatan baharu blog dan pilih 'jadual'. Tukar mode 'automatik' kepada 'tetapkan tarikh dan masa'. Kemudian pilih sahaja tarikh yang kita inginkan. Jangan risau. Blog akan disusun mengikut tarikh lebih awal kepada yang terakhir.

Ada kebaikan dan keburukan boleh ubah tarikh blog ni. 

KEBAIKAN:
  • Jika kita terlewat untuk publish entri, dengan button tarikh manual membuatkan kita "tak pernah tertinggal untuk update blog". Sentiasa up to date la katakan.


KEBURUKAN
  • Blog dah tak genuine. Contohnya entri pertama blog sebenarnya pada 1 Januari 2013. Tapi kita teringin nak buat lagi satu entri pada 1 Januari 2010 dan declare sebagai first entri kita. (Tak tau kenapa nak buat cam tu tapi kat sana dah nampak bohongnya 😂)


P/S - Untuk blog lain seperti Wordpress atau Xanga etc pun boleh juga buat benda yang sama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!