Isnin, 13 Februari 2017

Bagaimana Nak Jadikan Maggi Lebih nampak 'Sihat & Seimbang'?

Orang kata jangan makan Maggi selalu sebab kurang berkhasiat dan menyebabkan badan lembik. Tapi ada caranya untuk menjadikan Maggi tu nampak lebih berkhasiat dan tak kosong macam tu sahaja. Ada yang suka tambah telur, fishball, ikan atau sayur-sayuran. 

Ini pula cara saya:

Selain Maggi perisa ayam, saya juga suka makan Maggi goreng. Tapi lebih meriah jika ditambah dengan banyak sayuran. Yalah. Maggi goreng ni kalau masak sebungkus.... tak kenyang. Kalau masak dua bungkus, terlebih banyak la pula. Jadi untuk mengenyangkan perut dengan Maggi sebungkus sahaja, Maggi tersebut boleh ditambah dengan lauk lain. Saya memilih sayur-sayuran.

Resepinya sangat mudah. Mula-mula masak sebungkus Maggi goreng. Lepas tu potong timun halus-halus dan taburkan diatas Maggi. Untuk sayur kubis pula.... saya masak simple sahaja. Kubis dipotong-potong halus, kemudian masak dengan udang basah. Tak perlu guna minyak atau tambah garam semasa masak sayur tu pun tak apa (masak kosong macam tu sahaja). Kerana Maggi dah terasa masinnya.

Kemudian... siap untuk dihidangkan.

Beginilah masakan 'orang bujang'. (Sebenarnya sorang saja kat rumah).