Isnin, 6 Februari 2017

A Cup of Hot Soy Bean...

Hari Ahad... awal pagi lagi dah pergi Gaya Street, hajat nak cuci mata sahaja. Tapi ada juga la pergi membeli sikit. Saja nak puaskan hati.

Lepas dari Gaya Street, singgah dulu minum air kacang soya panas di Old Town White Coffee yang terletak tak jauh dari sana. Fuhh!! Memang terbaik la kacang soya panas ni. Kalau di UMS selalu beli homemade soy bean dengan harga RM2.50 sahaja. Tapi students tengah cuti sekarang, jadi kantin tempat kami selalu pergi tu tutup. 

Susu kacang soya panas di Oldtown White Coffee.

Lepas dari Gaya Street, kami pergi Tanjung Aru melihat pantai dan terus ke shopping complex la kejap. Ada benda nak dibeli kononnya.
-
-
-
-
-
-
Petang tu saya pergi hantar kelapa pandan di UMS. Maklumlah ramai yang suka kelapa pandan dan seronok kalau tanam di tepi rumah. Rimbun dan sentiasa berbuah. 

Terus singgah ke ODEC pergi cuci mata. Tiba-tiba Prof and the gang pun ada juga. Terus lepak sat dengan mereka. Kebetulan mereka nak pergi pukat ikan.




Sambil memukat... sambil membersihkan kawasan pantai. Banyak betul sampah yang hanyut di sana. Lebih baik bersihkan daripada makin banyak pula nanti.

Sambil tu juga mengeluarkan peluh. Dah la tengah demam + selsema sekarang ni... berlari-lari di tepi pantai boleh membantu mengeluarkan peluh. 

Tak lama lepas tu saya pun pulang. ^^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!